Kesan Kurang Tidur

Kesan Kurang Tidur


Tidur merupakan nikmat yang paling mengasyikkan dan tidak terungkap dek kata-kata apabila anda bangun dan terasa segar untuk meneruskan aktiviti harian. Walau bagaimanapun jika anda mempunyai masalah untuk tidur lena ia akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

Kesan Kurang Tidur

1.Lemah pemikiran
Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran. Kekurangan tidur menyakitkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan,tumpuan, pemikiran, dan menyelesaikan masalah. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk belajar dengan lebih cekap.

2.Masalah kesihatan yang serius
Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami insomnia iaitu gangguan kesukaran tidur. Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena serangan jantung, kegagalan jantung, denyutan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, strok dan diabetes.

3.Tiada minat pada hubungan intim (Suami Isteri)
Kekurangan tidur juga akan menyebabkan anda tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan anda dapat menikmati keasyikkan dalam melayari bahtera perkahwinan.
Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan anda ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur.

4.Tekanan atau stress
Akibat kekurangan tidur, anda akan lebih rasa tertekan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotak fikiran. Seri pengantin pada wajah juga akan hilang serta merta.

5.Menggemukkan
Akibat daripada kekurangan tidur, anda akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan anda akan naik lebih cepat. Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi.

6.Tiada seri wajah
Apabila tidur tidak cukup menjelang hari persandingan anda akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah anda akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya. Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus anda akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan anda kekal cergas di hari bahagia.

SUMBER
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Maria Firdz
AUTHOR
Khamis, Januari 14, 2016 3:25:00 PTG delete

Bab gemuk tu tengok badan... Sy tak dapat nak besar kan badan walaupun tidur lambat..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon