Kumpul Duit Untuk Kahwin

Kumpul Duit Untuk Kahwin


Belum ada pasangan? Korang rasa perlu ke tak kumpul duit. Bagi pandangan Reen, perlu. Walaupun kita tak de pasangan.. mana tahu, tiba-tiba jodoh sampai kan kan... Tak pun, set dalam minta, tak perlu nak kawin, baru nak kumpul duit... Kita tak tahu, apa akan jadi di masa hadapan. Duit yang di kumpul itu boleh di gunakan untuk kecemasan... Azam Reen tahun ni, nak kumpul duit, tak banyak tapi setiap bulan target mesti ada sikit simpanan...


Kumpul Duit Untuk Kahwin

Sesiapa nak kawin, ini ada beberapa tip yang boleh di gjnakan untuk menyimpan... kalau yang belum ada jodoh tu pun, boleh gunakan tip ni...

Tentu ada di antara kita yang pening kepala memikirkan bajet kahwin yang harus disimpan bagi memenuhi setiap keperluan untuk majlis perkahwinan itu nanti. Bahkan, segala keperluan yang ingin disediakan sudah tentu memerlukan bajet yang agak tinggi.

Bagi anda yang baru bekerja dan ingin melangsungkan perkahwinan sudah tentu tidak cukup bajet. Kami sediakan cadangan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan untuk menyediakan bajet majlis tersebut.

1.Jangan kerap keluar di hujung minggu. Ini kerana anda akan mengeluarkan wang untuk berbelanja. Tetapi sekali sekala tidak mengapa.

2.Masak sendiri di rumah terutama semasa hujung minggu.

3.Fikir sebelum beli barang yang tidak penting. Contohnya, pakaian, alat kosmetik dan lain-lain.

4.Kira perbelanjaan setiap bulan. Tolak segala keperluan yang memerlukan wang dan selaraskan dengan bajet yang ada.

5.Jangan selalu beli barangan ‘branded’. Sekali sekala boleh.

6.Pilih barangan yang anda rasa tidak ‘lari’ daripada bajet kahwin.

7.Jaga kesihatan dengan baik untuk mengelak kos pembayaran ubat dan rawatan.

8.Jaga keselamatan semasa memandu untuk mengelak kemalangan yang memerlukan anda mengeluarkan kos untuk membaiki kenderaan.

9.Kurangkan membeli gajet elektronik yang mahal. Terutama umur yang masih muda, itu membuatkan anda mudah tertarik sedangkan anda ingin simpan bajet untuk kahwin.

10.Dapat saja gaji terus saja menyimpannya dalam tabungan tetap.

Sumber
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Farhana Zukri
AUTHOR
Ahad, Januari 03, 2016 12:17:00 PTG delete

setakat ni takde simpanan untuk kahwin lagi, cuma simpanan untuk kecemasan tu memang kena ada. iyalah, nanti takde tergesa-gesa nak kena pinjam ngan orang lain pula :)

Reply
avatar
Isnin, Januari 04, 2016 10:33:00 PG delete

bila kita berusaha untuk dapatkan sesuatu..kita akan rasa puas ....

Reply
avatar
kamilsalleh 2
AUTHOR
Selasa, Januari 12, 2016 10:39:00 PTG delete

Tahniah Reen ada berhajat nak kahwin. Semoga tercapai hajat bila duit simpanan dah banyak. 10 tip yang Reen sarankan amat bertepatan dan tetbaik.

Reply
avatar
Rabu, Februari 03, 2016 6:44:00 PTG delete

Islam VERSI nabi nikah murah dapat berkat

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon