PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI


Jeragat dan Pigmentasi di wajah boleh menyebabkan seseorang itu kurang yakin pada diri sendiri. Dan jeragat juga menyebabkan seseorang itu malu untuk berhadapan dengan orang lain... Pelbagai usaha di ikhtiar untuk menghilangkan jeragat dan pigmentaasi di wajah.. Cuba dan cuba Insya Allah jeragat dan pigmentasi akan hilang..


PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI


1. Kulit pisang :
  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

2. Daun sireh muda :
  • Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

3. Daun betik, beras, air dan kayu manis :
  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

4. Hampas kelapa :
  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

5. Putih telur :
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon