Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

3 comments

Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

Lesu ketika bangun tidur, diikuti dengan rasa malas kadang-kadang boleh mengganggu mood pada hari itu dan pastinya boleh mengganggu aktiviti kita... Terdapat beberapa tip yang boleh di amalkan,  agar badan kita tidak lesu di pagi hari..

Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

  • Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

  • Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

  • Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

  • Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

  • Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

  •  Anda minum dulu segelas air putih / suam sebelum bersarapan,.,.


Amalkan tip ni bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi,.,.

Selamat Mencuba!
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. ..terima kasih.. info yg mnerik .waktu yg paling malas bagun adalah pagi isnin...arghhhhh malas nyer....

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...