Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle

Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle


Filem yang menjadi viral selepas tayangan Filem Dilwale.. Ramai yang mengatakan Filem lakonan Salman Khan ni lagi best dari filem Shak Rukh Khan.. Itu orang kata ye, bukan Reen sebab Reen belum tengok lagi filem Dilwale.. Tapi Reen suka dengar lagu Janam Janam dan Garua.. Filem je Reen belum dapat nak komen... Filem Bajrangi ni, beberapa kali Reen cuba download tapi Reen tak pandai.. Hari ni tergerak hati nak cari online dan Alhamdulillah Reen jumpa kat Youtube Full Movie Bajrangi Bhaijaan berserta subtitle Indonesia..

Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle

Filem Bajrangi Bhaijaan ni mengisahkan seorang anak Pakistan yang telah terpisah dari Ibunya.. Anak kecil yang bernama Shahira merupakan seorang yang tak boleh bercakap.. Bermacam cara yang di lakukan Bajrangi untuk mengembalikan Shahira kepada orang tuanya.. Di sebabkan Shahira tidak boleh bercakap, Bajrangi memanggilnya dengan nama Munni.

Lapor kepada polis, bawa ke duta dan Shahira hampir di jual kepada ibu ayam oleh agen pelancongan apabila Bajrangi hampir terpedaya  dengan agen tersebut yang telah berjanji untuk menghantar Shahira kembali kepada Ibunya. Di sebabkan itu, Bajrangi mengambil keputusan untuk menghantar sendiri Shahira kepada Ibunya untuk memastikan Shahira betul-betul selamat kembali kepangkuan ibunya.

Apabila sampai ke Pakistan, niat baik Bajrangi di salah ertikan dan Bajrangi di salah anggap sebagai perisik India... Kemelut yang melanda dua negara ini, menyulitkan misi Bajrangi bila dia di buru pihak berkuasa Pakistan...

Berjaya atau tidak, Bajrangi menyatukan Shahira dengan Ibunya?? Korang Tengok lah sendiri...
Sebelum tu, sediakan tisu ye... sob sob sob..

Untuk Filem Bajrangi Bhaijaan Reen bagi 5/5 BINTANG..

 
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Khamis, Januari 21, 2016 4:16:00 PTG delete

Samalah.. Jenuh cari nak tengok.. Huhuhu..
Dapat dengar lagu jer..

Reply
avatar
Khamis, Januari 21, 2016 4:29:00 PTG delete

byk dekat fb orang cakap cakap pasal cite nih best tapi belum ade kesempatan nak tgk..citer dilwale pon tak tengok lg..hehe

Reply
avatar
Nur Najah
AUTHOR
Khamis, Januari 21, 2016 5:46:00 PTG delete

dah tgk, mmg serius best sgt sgt ^^

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon