Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy

Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy


Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy

Ayam gorang Crispy selalunya kita makan kat KFC. Harga pun boleh tahan, faham-faham la kan.. Kalau makan setiap hari, mahu kering poket. Ok, Reen terus ke cara nak buat tepung Crispy dan cara-cara supaya ayam goreng yang di goreng rangup.

Bahan-bahan Tepung Crispy :

Bahan A :
3 Cawan Tepung Jagung
1/2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu serbuk kari
1 sudu perasa secukup rasa

Bahan B :
Ayam yang di hiris ikut citarasa sendiri
Halia 2 inci di tumbuh lumat
Sedikit Garam

Bahan C :
Minyak masak secukupnya.
1-2 biji telur


Cara-cara :

Gaul semua bahan-bahan A sehingga rata. Asingkan ke tepi.

Campurkan semua Bahan B. Biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum goreng.

Panaskan minyak.

Langkah ni penting supaya ayam yang di goreng menjadi rangup.

  • Salutkan ayam dengan tepung crispy yang dah kita buat tadi.
  • Pukulkan telur. Kemudian ayam yang di salut tepung tadi di celup dengan telur.
  • Selepas itu, salutkan kali ke dua ayam yang di celup telur tadi dengan tepung crispy.
  • Baru, gorengkan ayam yang di salut tepung
  • Bila dah kekuningan atau masak, angkat ayam.


SELAMAT MENCUBA
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon