KESIHATAN TELINGA

KESIHATAN TELINGA


KESIHATAN TELINGA


Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Sel-sel dalam saluran telinga menghasilkan bahan melekit seperti lilin yang disebut tahi telinga (ear wax).

Tahi telinga mempunyai tiga tugas utama.
  • Ia melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal.
  • Ia mengandungi bahan kimia khas yang menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.
  • Ia bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga memerangkap debu, kotoran, dan benda-benda lain daripada memasuki telinga anda.

PENYAKIT TELINGA :

Jerawat Dalam Telinga
  • Salah satu penyakit yang selalu terjadi ialah jerawat yang tumbuh di kawasan telinga kerana faktor kebersihan. Terjadinya jerawat di telinga juga berkemungkinan daripada masalah ginjal dan anda digalakkan meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari dan elakkan daripada minuman yang manis dan berkafein. Kulit di bahagian telinga adalah sama dengan kulit di bahagian muka dan leher jadi risiko untuk mendapat jerawat adalah sama.

Telinga Berdesing
  • Telinga berdesing sangat mengganggu dalam aktiviti harian kita kerana ia akan mengeluarkan bunyi seperti berdesing dan berdengung. Ini terjadi kerana pergerakan kotoran yang tersumbat dari dalam telinga dan berkait rapat dengan jangkitan pada gegendang telinga atau bahagian telinga tengah. Sebagai panduan untuk bakal-bakal pengantin, jika timbul masalah seperti ini disarankan segera ke klinik berhampiran untuk rawatan kerana apabila dibiarkan, ia akan menyebabkan masalah menjadi lebih teruk dan kemungkinan untuk pekak sangat tinggi.

Hilang Pendengaran
  • Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba juga sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang secara mendadak terutama pada waktu pagi atau bila-bila masa selama beberapa jam. Anda tidak boleh mendengar tetapi ia akan pulih selepas itu secara sendiri, simptom ini amat berbahaya kerana ia berkaitan juga dengan jangkitan virus atau pernah mengalami kecederaan di kepala yang teruk atau kerana kanser otak.

Tahukah anda:


  1. 50% daripada penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya kanak-kanak.
  2. Telinga mempunyai lebih daripada 25000 rerambut kecil yang turut sama terlibat untuk menukarkan gelombang bunyi yang diterima kepada maklumat yang akan diterjemahkan oleh otak.
  3. Telinga dan hidung merupakan anggota tubuh kita yang turut sama membesar dan berkembang selari dengan anggota tubuh yang lain kecuali mata.
  4. Kehilangan atau masalah pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.
  5. Sewaktu kita tidur, telinga masih aktif mendengar gelombang bunyi disekeliling kita. Apa yang menyebabkan kita tidak mendengarnya adalah kerana otak berhenti berfungsi untuk menterjemah maklumat yang diterima.
  6. Telinga, hidung dan tekak menggunakan saluran yang sama.
  7. Jika anda merasa malu atau marah, telinga merupakan salah satu organ yang bertindakbalas seperti kemerah merahan dan panas apabila disentuh.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon