Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT

1 comment

Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT




Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT


Sebelum kedatangan Islam dan Kristian beratus-ratus tahun dahulu, mayat golongan bangsawan kaum Melanau tidak dikuburkan di dalam tanah.

Sebaliknya mayat mereka disimpan di dalam keranda sehingga ia mereput secara semula jadi meninggalkan tulang-temulang.

Kemudian, tulang si mati dipindahkan ke dalam lubang di bahagian tengah Jerunai (keranda) setinggi kira-kira 10 meter.

Jerunai atau Kelideng merupakan satu tiang bulat sebesar satu pemeluk dan diperbuat daripada kayu belian agar tahan lama.

Pada batang Jerunai diukir dengan bermacam motif dan lazimnya ia didirikan di tebing-tebing sungai.

Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang telah mati, seorang gadis daripada golongan hamba atau 'dipen' dalam bahasa Melanau akan dikorbankan.

Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman.

Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya akan menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang Jerunai.

Mengikut cerita lama masyarakat Melanau, mereka yang menyusuri sungai akan memercikkan air untuk diminum oleh si gadis yang merintih meminta dilepaskan dari puncak Jerunai.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...