Punca Jerawat Pada Badan

Punca Jerawat Pada Badan


Punca Jerawat Pada Badan


Jerawat pada badan selalunya muncul pada belakang badan, dada, lengan, dan punggung. Pastinya si ratu sehari berasa rendah diri mempunyai masalah jerawat padan badan yang banyak. Justeru itu, jangan sesekali ambil remeh permasalahan ini.

Memikirkan masalah jerawat badan akan pulih dengan sendirinya adalah silap sama sekali. Sewajarnya, bakal mempelai tidak bertangguh untuk merawat jerawat badan supaya tidak melarat dan mencacatkan pandangan.

Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:

Kerap mandi

  • Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, kerap mandi dan basuh belakang badan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam. Lebih baik jika anda menggunakan sabun khas untuk mengubati jerawat badan. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat yang lebih teruk.


Proses pengelupasan

  • satu teknik yang berupaya menghasilkan kulit badan halus dan licin. Proses ini membantu membuang sel-sel kulit mati dan kotoran daripada permukaan kulit anda yang akan menyebabkan jerawat pada badan. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.


Gel jerawat benzoil peroksida

  • Gunakan gel jerawat yang mengandungi benzoil peroksida pada belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ia kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan kesan pada pakaian.


Utamakan pakaian anda

  • Jangan amalkan pakai pakaian berlapis-lapis untuk mengelakkan perpeluhan yang banyak. Selain itu, dari segi pemilihan material kain, pilih pakaian dari material kapas berbanding sintetik untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.


Kebersihan tempat tidur

  • Kerap menukar cadar tempat tidur dapat membantu mengurangkan masalah jerawat badan yang anda alami. Jangan tunggu hingga sebulan untuk menukar cadar sebaliknya, tukarlah secara kerap dan berkala.



Punca jerawat badan:


  • Perubahan hormon terutama untuk wanita dalam lingkungan umur subur iaitu belasan tahun dan awal 20-an. Perpeluhan yang banyak.

  • Gangguan rembesan berlebihan dari kelenjar minyak yang menyebabkan liang tersumbat.

  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang juga mengalami masalah jerawat.

  • Penggunaan ubat-ubatan dan pil perancang.

  • Material dan pemakaian yang menghalang peredaran udara atau apa saja yang menutup liang.
  • .Ketegangan dan stres.

  • Diet tidak seimbang.

  • Tidur ketika badan masih berpeluh.

  • Resdung.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Fendi Rocka
AUTHOR
Isnin, Februari 01, 2016 3:25:00 PTG delete

musim panas tu yg kerap berpeluh

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon