Roti Golong Berkeju Crispy

2 comments
ROTI GOLONG BERKEJU CRISPY

Roti Golong Berkeju Crispy

Pagi kemarin, Reen pergi rumah sepupu, lepas tu tengok dia buat Roti Golong Berkeju ni inti tuna. Reen makan la segolong. SEDAP. Itu Reen rasa, kalau cecah sos ni lagi sedap..

Balik petang tu, Reen pergilah menyoping, beli bahan-bahan untuk buat roti golong ni.  Banyak juga Reen buat, lepas tu boleh simpan dalam peti ais, nak makan baru goreng.

Roti Golong Berkeju Crispy

Bahan-bahan : 
  •  Roti
  • Tuna Mayonnaise
  • Sosej
  • Telur
  • Cheese
  • Bread Chumb Orange
  • Minyak masak

Cara Membuat :

  • Roti di giling nipis
  • Hujung roti isi inti. Tuna atau sosej.
  • Letakkan Cheese. (Saiz cheese terpulang kat korang, nak byk cheese boleh letak satu keping, atau separuh atau bahagi 3 atau bahagi 4.)
Roti Golong Berkeju Crispy
  • Hujung roti letakkan telur yang dah dipukul. Untuk melekatkan roti yang telah di golong.
  • Salutkan roti yang dan di golong tadi dengan telur yang telah dipukul tadi. 
  • Kemudian salutkan roti tadi dengan brand chumb.
  • Siap. Boleh di simpan atau di goreng segera.


Roti Golong Berkeju Crispy


  • Panaskan minyak. 
  • Gorengkan roti golong berkeju cheese ni sehingga kekuningan.
  • Sedap di makan cecah dengan sos cili
SELAMAT MENCUBA. 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...