Takkan Ku Lepaskan Dia

Leave a Comment

Takkan Ku Lepaskan Dia


Takkan Ku Lepaskan Dia

Takkan Ku Lepaskan Dia, karya novelis Elee Mardiana... Bila dah mula baca memang takkan lepaskan novel ni.. Dalam masa sehari, Reen dapat habiskan baca novel ni.. Rasa macam nak cepat-cepat tahu ending Abam Sam dan Erin...

Huhuhu.. emosi betul bila baca kisah Abam Sam dan Erin ni.. Dah habis baca pun, hati ni masih terasa geram dengan Badrul yang suka dera Erin dan si Ita yang mendera anaknya Uja... Sedih sangat sampai menangis Reen masa Uja mati... Dengan adik Erin tu , si Ashura pun buat hati Reen geram masa baca.. AAHHH.. Jiwa di main.. masa taip entry ni, hati masih panas bila ingat 3 manusia tu... Sabar, sabar Reen.. fuhhhh...

Syukur ada Abam Sam Elit Hitam, Terubat juga jiwa Reen masa baca novel TKLD ni. Bukan penderitaan Erin je berkurangan, penderaan jiwa Reen yang baca ni pun berkurangan dengan sikap abam Sam yang sengal dan jenaka.. hehehe..

Kesimpulannya, Abam Sam memang hot.. hahaha. Sentiasa menghangatkan Erin.. Siapa yang dah habis baca mesti faham...

Untuk Novel TAKKAN KU LEPASKAN DIA , Reen bagi 10 BINTANG. Rasa nak ulang baca lagi lepas ni...

Rasa nak tulis banyak lagi, tapi macam tak syok pula. Kalau nak tahu ending, boleh beli kat Kak Elee, boleh PM kat facebook.. cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.. Rugi kalau korang tak beli sebab novel ni EXCLUSIVE. Tak di jual mana-mana kedai.

Jum Reen tunjuk sikit Teaser Takkan Ku Lepaskan Dia (Sumber dari FB Elee Mardiana)


Takkan Ku Lepaskan Dia


"LEPAS nikah, abang terus balik ke kem tau."
"Okey."
"Sayang jangan pulak telefon panggil abang suruh balik rumah temankan sayang. Tak manis orang tengok pengantin lelaki bermalam di rumah pengantin perempuan."
"Okey." Erin tersenyum lebar, menampakkan dua barisan giginya yang diketap. Dia akan bertahan sehingga perbualan itu habis.
"Sibukkan diri, tau. Tak adalah sayang rindukan abang malam esok. Malam esok je, sayang. Lepas tu tiap-tiap malam abang balik rumah kecuali kalau abang pergi operasi."
"Okey." Hendak tergelak, terus Erin ambil bantal lalu menekup mulutnya.
"Tapi... kalau sayang rasa sayang tak boleh tidur sorang-sorang malam esok, abang terpaksa cari jalan macam mana nak tidur kat rumah jugaklah. Sian pulak kat sayang tidur sorang-sorang."
"Okey." Terhenjut-henjut bahu Erin menahan ketawa.
"Okeylah. Malam esok abang tidur kat rumahlah. Tak senang hati abang fikir sayang tidur sorang-sorang. Biarlah orang nak kata apa. Abang tebalkan muka. Demi sayang."
"Okey."
"Okey, okey... tak nak ke? Kalau tak nak tak apa. Abang tidur kat kem je malam esok." Sam hilang sabar bila mendengar jawapan standard Erin. Makin kuat dia mengumpan, makin kuat pula Erin menyakat. Geram betul dia. Malam esok siaplah kau, sayang.
"Okey."
"Aku budak ni... arghhh..." Sam menjerit melepaskan perasaan. "Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang sedang diseksa ini, ya Rabb... tolonglah. Erin... sayang... tolonglah abang..."
"Okey."
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...