Aiskrim Choki Choki dan Aiskrim Oreo

2 comments
Aiskrim Choki Choki dan Aiskrim Oreo

Aiskrim Choki Choki, Aiskrim Oreo


Aiskrim Sumi, sana sini sebut aiskrim sumi, sampai kan Reen pun terikut nak buat juga. Lepas tu aiskrim choki choki dan aiskrim Oreo  pula... bila orang sebut sedap, Reen pun cuba buat juga.. Reen guna bahan-bahan dan cara yang sama seperti aiskrim sumi, yang beza cuma isi ni choki dan oreo...

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket choki choki 

Cara-cara :
  • Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk. 
  • Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
  • Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  • Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
  • Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki. 
  • Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
  • Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
  • Anggaran aiskim 25-27 bungkus. 
  • Selamat mencuba..


Untuk Oreo, patah kan oreo dan masukkan air susu separuh dan ikat. Buat sampai habis..

Aiskrim Choki Choki, Aiskrim Oreo



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. menarik..sekarang dah macam2 perisa ada sejak yang viral sumi jelly tuh

    BalasPadam

Terima Kasih Sahabat-Sahabat Yang Sudi Datang Komen Di Teratak Ini...

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...