Aiskrim Sumi

Leave a Comment

Aiskrim Sumi


Aiskrim Sumi



Aiskrim Sumi, semua sibuk nak buat aiskrim sumi, sampaikan Reen pun sama-sama terjebak.. hehe.. kat fb dan ig semua orang dok share gambar aiskrim sumi ni.. Senang je nak buat aiskrim sumi ni, jum Reen kongsikan resepinya..

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket sumi jelly

 

 Cara-cara :
  • Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk. 
  • Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
  • Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  • Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
  • Pecahkan sumi-sumi, masukkan sumi ke dalam plastik.
  • Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
  • Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
  • Anggaran aiskim 25-27 bungkus. 
  • Selamat mencuba..


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...