Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar

3 comments

Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar


Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar

Biskut Oreo Cheese merupakan biskut yang sangat simple. Sangat mudah sebab biskut oreo cheese ni tak perlu bakar. Tahun ni, biskut ni masuk dalam senarai biskut raya.

Bahan-bahan :

  • 6 bungkus oreo (paket besar) - kisarkan oreo menjadi serbuk roti
  • 500gm cheese (Tatura) - Besar
  • 2 sudu whipping cream

Cara-cara : 
  • Oreo dan cheese di gaul sehingga sebati.
  • Masukkam whipping cream. 
  • Andai doh terlalu lembut. Tambah serbuk roti oreo. 
  • Adun sebati sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah di bentuk.
  • Bulatkan doh oreo tadi mengikut saiz yang diingini..
  • Bila dah siap membulat, simpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurang dalam 10 minit. 
  • Sementara itu, bolehlah buat coklat untuk salut doh oreo.

*Andai kuantiti bahan-bahan terlalu banyak. Boleh bahagi 2 semua bahan. Boleh jimatkan kos. 😊 Reen buat banyak sebab nak jamu keluarga dan tetamu makan untuk akikah anak saudara.

Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar


Bahan-bahan Salut Biskut Oreo Cheese
  • Cooking Chocolate
  • Shortening (kalau ada)
  • Susu manis
  • Coklat rise untuk hiasan

Cara-cara :
  • Cairkan cooking chocolate menggunakan kaedah double boiler
  • Masukkan shortening kalau ada. Tujuan gunakan shortening ni supaya coklat tak pekat sangat.
  • Masukkan susu untuk lebih sedap atau kurangkan pahit coklat. 
  • Bila siap, angkat coklat dan boleh mulakan salutkan biskut oreo dengan coklat.
  • Untuk kelihatan cantik masukkan biskut oreo ke dalam cup dan taburkan dengan coklat rise.
  • Buat sehingga habis.
  • Kalau rajin, boleh juga guna coklat putih. Salutkan coklat putih dan tabur coklat rise sebagai hiasan atau coklat putih tadi di guna sebagai hiasan. 
  • Terpulang kepada kreativiti dan kerajinan korang.
  • Selamat mencuba.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. blogwalking here .. wah bleyh try resepi ni yg simple ..jom bljr resi puding sumi kt blog yana

    BalasPadam
  2. simple juga resepinya.. boleh cuba ni! =) tq share

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...