CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

Leave a Comment

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA



STROKE HABA? Apa itu Stroke Haba?
Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Sejak dua menjak ni, ramai yang di serang demam panas. Ahli keluarga Reen pun ada yang demam panas. Adik, sepupu suami isteri, mak saudara di serang demam. Semalam teman adik ke Klinik, huhuhu.. mejoriti yang datang ke klinik semuanya demam. Reen pun, rasa macam ada tanda-tanda nak demam. Sebelum demam menyerang elok ambil langkah pencegahan.. Cegah stroke haba dari menyerang.. 

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

Tanda awal terkena strok haba ialah : 
  • sakit kepala berdenyut
  • mual 
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan serta pitam
  • tangan dan kaki menjadi sejuk


Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...