Tragedi Highland Tower | Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkan Dulu

1 comment

Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkan Dulu



Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkannya Dulu


Suatu ketika dulu, rakyat Malaysia di kejutkan dengan tragedi Menara Highland Tower runtuh... Reen masih jngatm masa tu Reen masih sekolah rendah.. walaupun Reen masih kecil masa tu tapi kesedihan tu terasa juga...

Tragedi tu meragut banyak nyawa sampaikan kita berfikir tiada yang terselamat. Tapi kuasa Allah, pantang maut sebelum ajal. Sekali lagi rakyat Malaysia di kejutkan dengan terselamatnya seorang bayi.. Subhanallah, harapan tetap ada...

Baru, baru ni viral.. Pegawai bomba yang menyelamatkan bayi tersebut teringin bertemu semula dengan bayi yang di selamatkan dulu.. Reen berdoa semoga hajat pegawai bomba tersebut tercapai.. Amin..


Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkannya Dulu


Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Putrajaya: Pada 1993, pegawai bomba ini menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.

“Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya,” kata Norizan Saad.

Harian Metro melaporkan Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Nur Hamidah Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 23 tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.

Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah.

“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan,” katanya.

Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.

“Tangisannya memenuhi ruang...kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

“Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.

Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

“Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban,” katanya beliau




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. saya ingat lagi kisah ini menjadi berita yang sangat utama, dan rata-rata rakyat malaysia ingin mengetahui apa yang berlaku, dan paling menyayat hati kita adalah seorang kanak-kanak dan juga wanita indonesia yang terselamat daripada tragedi Hingland Tower tersebut, dan sehingga sekarang kita semua ingin mencari beliau dan ingin mengetahui detik cemas yang berlaku, mugkin selama ini kita hanya mengetahui kejadian tersebut, tetapi disebaliknya mugkin ada perkara yang dirahsiakan selama ini, hanya tuhan saja yang tahu, menantikan dokumentari khas berkaitan kejadian highland tower.....www.keladionline.com

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...