Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

Apakah perbezaan HIV dan AIDS?


Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

Ujian HIV diwajibkan oleh pihak jabatan agama disebabkan oleh kemaslahatan kepada masyarakat, kerana orang yang dijangkiti HIV selalunya kelihatan normal dan tidak sedar bahawa mereka dijangkiti HIV. Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah perlu supaya langkah-langkah pencegahan jangkitan kepada pasangan yang berstatus HIV negatif dapat diambil jika perkahwinan itu diteruskan. Semua ini termasuk dalam bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas pemerintah dan wakil-wakilnya.

Firman Allah:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [al-Hajj 22:41]

Meski pun ujian HIV pada asalnya tidak diwajibkan secara khusus oleh Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (al-Sunnah), mewajibkannya pada masa kini termasuk dalam kategori melarang atau mencegah kemungkaran yang selari dengan ajaran Islam. HIV ialah sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia hingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit.

Manakala AIDS pula adalah peringkat akhir HIV, di mana ketahanan badan telah lumpuh. Pada peringkat ini, seseorang itu mungkin akan diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu. Contohnya penyakit tibi, cirit birit berpanjangan, jangkitan kulat, kayap, jangkitan paru-paru, barah seperti limfoma dan Kaposi’s sarcoma.

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi dan kering, sabun/pencuci, air dan disinfektan. HIV menjangkiti manusia melalui 3 cara utama:
● Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV
● Perpindahan darah melalui perkongsian jarum dan transfusi darah yang dicemari virus HIV
● Jangkitan dari ibu mengandung yang HIV positif kepada bayi semasa dalam kandungan, semasa proses kelahiran, serta melalui penyusuan susu ibu. Ia tidak dijangkiti melalui sentuhan, berkongsi tandas atau alatan makanan dan minuman. Jangkitan melalui ciuman hanya berisiko jika terdapat luka/rekahan/ulser di dalam mulut.

Untuk memelihara diri daripada dijangkiti HIV, bakal-bakal pengantin harus menjauhi perilaku berisiko seperti melakukan hubungan seks dengan orang yang sering bertukar pasangan dan pekerja seks, tidak terlibat dengan najis dadah, dan segera mengambil rawatan jika terkena penyakit tularan seks. Semua ini selari dengan ajaran Islam.

Jika anda atau pasangan disahkan dijangkiti HIV, anda masih boleh meneruskan perkahwinan dan bertanggungjawab menegah jangkitan kepada pasangan dengan memakai kondom dengan betul dan membuat pemeriksaan darah untuk menentukan bila rawatan lanjut diperlukan. Nasihat dan panduan daripada doktor pakar amatlah penting sebelum anda dan pasangan bernikah.

Wanita yang dijangkiti HIV yang ingin mempunyai anak boleh mengurangkan risiko bayi dijangkti. Walaubagaimana pun, kehamilan ini perlu dirancang secara teratur di bawah pengawasan dan nasihat doktor pakar, mengambil ubat-ubatan yang diperlukan, serta tidak boleh menyusu badan kepada bayi.

Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Akif Imtiyaz
AUTHOR
Ahad, Mei 08, 2016 8:13:00 PTG delete

Thanks reen sudi share info kesihatan kat sini..sama2 kita berkongsi tips2 kesihatan agar org diluar sana mendapat manfaat

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon