APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

1 comment

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME


Pagi tadi, Reen dengar Radio Sinar FM, topik yang diudarakan adalah April Bulan Kesedaran Autisme. Sambil bawa kereta, Reen dengar radio, cabaran Zarina Zainuddin membesarkan dua anak kembar yang menghidap autisme. Sayu hati ni dengar kisah Zarina membesarkan kedua-dua anak dia. Anak Istimewa, bagi yang tak tahu mungkin akan menganggap mereka ni nakal dan ibu bapa tak pandai jaga anak. huhuhu.. Berat mata memandang, berat lagi tanggujawab ibu bapa yang menjaga anak istimewa ni. Dan sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, kita juga bertanggujawab memberi kesedaran Autisme kepada masyarakat sekeliling..

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

APA ITU AUTISME?

Autisme adalah merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan individu manusia yang bermula seawal usia antara 1 hinggsa 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neuropsikiatri. Autisme, seperti juga Asperger, adalah sebahagian daripada beberapa gugusan gangguan yang lebik kompleks lagi dikenali sebagai Autisme Spectrum Disorder atau ASD. Gangguan ini telah mula mendapat perhatian dalam dunia sains perubatan sejak pada tahun 1943 apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak dari negara Austria yang dikenali sebagai Leo Kanner telah cuba memberi satu diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan perkembangan tingkahlaku dan komunikasi di kalangan pesakit kanak-kanak.

Secara umumnya, autisme ini dapat dikenali berdasarkan kepada beberapa kriteria yang paling utama seperti gangguan pada fungsi komunikasi dan pertuturan serta ada masalah dalam interaksi sosial, memiliki kesukaran dalam mentafsir reaksi emosi, gangguan pemikiran serta memiliki ciri-ciri spektrum tingkahlaku dan perangai yang amat terhad, dan berulang-ulang atau streotype. Mereka akan dianggap sebagai seseorang yang terasing atau hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Seterusnya, di kalangan mereka juga mempunyai tahap atau darjah keterukan yang tersendiri dan berbeza dengan individu lain walaupun masih dalam kategori autisme. Di kalangan mereka, ada yang mempunyai tahap autisme yang teruk, sederhana ataupun ringan. Oleh yang demikian, terdapat di kalangan mereka yang masih boleh bersekolah dan menjadi golongan terpelajar, seterusnya berkerjaya dan juga berkeluarga. Dari segi fizikal pula, mereka tiada sebarang masalah, malah masih kelihatan normal, sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Maka itu, masyarakat umum tidak akan nampak wujudnya sebarang kelainan atau kecacatan pada diri mereka.

Keadaan ini pada akhirnya akan menambahkan kerumitan, bukan sahaja kepada penghidap, tetapi juga kepada ibubapa dan keluarga serta anggota masyarakat yang lain. Kerumitan yang ada akan menyebabkan kekeliruan, malah mereka yang tidak memahami akan terus menganggap si penghidap sebagai seorang yang degil, pemalas, lembab dan sebagainya. Seterusnya, ia akan menyebabkan si penghidap terbiar tanpa sebarang usaha untuk dirujuk kepada golongan pakar bagi tujuan rawatan dan intervensi yang sewajarnya. Akhirnya, mereka akan berterusan ketinggalan dalam dunia mereka yang penuh kekeliruan dan keterasingan. Lebih malang apabila mereka mula memasuki alam persekolahan. Ada di antara penghidap yang keliru mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila diri mereka turut tidak difahami warga sekolah, tidak diterima dan akhirnya disisihkan.

Di samping itu, isu utama berkaitan autisme setelah memahami ciri-ciri dan keupayaan mereka ialah mengenalpasti segala bentuk keperluan mereka dan seterusnya melaksanakan agar keperluan mereka dapat dicapai. Individu yang memiliki ciri-ciri autisme sebenarnya adalah golongan individu yang mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Ini bergantung kepada tahap perkembangan dan kesukaran yang mereka miliki. Oleh itu, ibubapa, keluarga dan masyarakat perlu memahami bahawa individu ini juga berhak untuk menerima pelajaran dan latihan yang bersesuaian agar mereka akan menjadi lebih berdikari nanti. Bagi memenuhi keperluan ini, satu kaedah pendidikan yang sistematik untuk mereka perlu diwujudkan, khususnya di peringkat kementerian dan kebangsaan. Memang betul kini telah ada sistem pendidikan khas dalam kementerian, tetapi kesesuaian dan keberkesanannya untuk golongan ini perlu dikaji.

Golongan istimewa dari kategori autisme ini bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik, tetapi juga pendidikan yang mengajar mereka kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya. Itulah keperluan mereka yang perlu digilap kerana penyakit autisme yang mereka alami amat menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial. Namun masalah yang ada ialah apabila sistem persekolahan lebih menumpukan kepada aspek akademik sahaja. Hakikatnya memang itulah matlamat persekolahan sejak dulu lagi, namun kewujudan bahagian pelajaran khas dalam kementerian dan di sekolah boleh dan amat perlu untuk dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan golongan individu autisme. Sudahkah kajian keberkesanan pendidikan khas berkaitan autisme ini dilakukan oleh pihak berkaitan dan jika ada apakah hasilnya? Masyarakat, khususnya para ibubapa amat memerlukan hasil dan dapatan kajian seperti itu.

Begitu juga, satu jawatankuasa, agensi atau jabatan di peringkat kementerian dan pemerintah yang berkaitan khusus bagi mengemaskini dan memantau kebajikan bagi individu autisme perlu diwujudkan. Ia boleh bertindak dalam menganalisa keperluan pendidikan dan latihan serta kerjaya, kebajikan, maklumat terkini berkaitan kajian dan penyelidikan serta kemaskini pengkalan data untuk kemaslahatan mereka dapat dilakukan secara sistematik, yang mana ia belum lagi wujud buat masa ini.

SUMBER

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

Filem Redha yang akan di tayangkan hari ni (14 April 2016) merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah besar yang di bintangi oleh Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester. Dengan adanya filem ni, di harap masyarakat lebih peka tentang AUTISME..


SINOPSIS FILEM REDHAMengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Razlan (Namron) dan Alina (June Lojong) mem
iliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...