Mungkinkah?

1 comment

Mungkinkah? Hanni Ramsul

Mungkinkah? Hanni Ramsul

Mungkinkah? Jalan cerita yang menarik bagi Reen yang minat baca novel..  Reen bagi 4.5/5 bintang untuk novel Mungkinkah?

Novel Mungkinkah? Karya Hanni Ramsul ni berkisahkan Arisa yang mempunyai suami yang tak guna.. Seorang suami yang dayus sebab hidupnya di tanggung isteri.. Suami Arisa ni tahu nak susahkan hidup Arisa je. Sanggup peras ugut dan buat fitnah kat Arisa sampaikan ayah Arisa meninggal dunia di serang sakit jantung sebab fitnah suami Arisa...

Sampai satu tahap, Arisa dah tak tahan nak hidup bersama lagi dan minta cerai. Tapi suami Arisa ni tak nak lepaskan Arisa. Bagi suami Arisa, kalau dia ceraikan Arisa, dia akan hilang punca pendapatan sebab Arisa ni 'Mesin ATM' dia.. Dan kalau Arisa tetap nak bercerai, Arisa kena Bayar Tebus Talak...

Disebabkan dah tak tahan dengan sikap Radhi, Arisa meminjam wang dari bos dia untuk bayar tebus talak. Ingatkan aman lepas tu tapi bos Arisa ambil kesempatan sebab dah jatuh cinta dengan Arisa. Fitnah yang dilemparkan bekas suami Arisa menyebabkan isteri bos menyerang dan menyebabkan Arisa mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sudah jatuh di timpa tangga. Bos Arisa tak nak lepaskan Arisa. Macam-macam di lakukan supaya Arisa tak berhenti kerja dan setuju kahwin dengannya.. 

Arisa tetap dengan keputusan tak nak menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga bos dia dan mencari pekerjaan lain. Dan rezeki menyebelahi Arisa apabila mendapat pekerjaan di tempat lain.

Di tempat kerja baru pula, bos baru Arisa iaitu Zariff tertarik dengan Arisa sehingga sanggup menjadikan Arisa teman wanita simpanan.. Kalau diikutkan hati, Arisa nak berhenti juga tapi bila memikirkan adik-adiknya Arisa sanggup bertahan. Dan selain itu Arisa tertekan dengan ugutan bekas bosnya yang menuntut Arisa menjelaskan pinjamannya..

Zariff rasa tercabar kerana tawaran mengajak Arisa menjadi temannya sentiasa di tolak Arisa. Dan bila Zariff tahu masalah kewangan yang di hadapi Arisa, Zariff menawarkan pertolongan dengan syarat Arisa setuju menjadi temannya..

Tawaran Zariff di terima Arisa dengan syarat Zariff harus mengahwini Arisa dan Zariff mahu perkahwinan mereka di rahsiakan.. Niat asal Zariff yang pada mulanya hanya mahu Arisa teman bermesra berubah apabila hidup bersama keluarga Arisa.. Perkawinan itu mengajar Zariff menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab..

Apabila mengenal hati budi Arisa, Zariff jatuh cinta dengan Arisa tapi malangnya Arisa tidak percaya dengan cinta lagi. Pengalaman perkawinan dulu dan cara Zariff mendapatkannya memberi kesan kehidupan Arisa.. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”


Khuluk (Tebus Talak)


Pengertian Khuluk

1. Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil tebus talak.

2. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

3. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Baqarah : 229
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...