Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat

Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat


Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat

Betul ke? Atau Auta semata-mata...
Sambal kacang tempe salah satu punca jerawat tumbuh..
Reen pun tak pasti.. mungkin betul sebab kalau tak jaga pemakanan jerawat akan tumbuh.. selain itu, faktor hormon juga mungkin salah satu punca jerawat...

Tapi kalau dah sekali rasa sambal kacang tempe ni mesti nak lagi.. Hahaha satu balang ni Reen mampu makan sorang sorang.. Sebelum ni, Reen pernah cuba buat tapi tak jadi sebab tak rangup.. Reen cuba buat lagi Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan

3 bungkus tempe (potong dan goreng)
300 gm kacang tanah (goreng)
2 gengam ikan bilis (basuh, toskan dan goreng)
10-15 cili kering ( ikut kepedasan yang diingini)
10-15 bawang putih
Air asam jawa / asam keping
2-3 sudu gula apong / gula
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili yang telah diblander.
Kacau sehingga bawang masak dan pecah minyak.
Masukkan garam dan air asam jawa / asam keping..
Kacau lagi sehingga bawang masak dan tak basah. Ini penting supaya nanti tempe menjadi ranggup.
Bila bawang betul-betul masak masukkan gula apong / gula.
Kacau sehingga rata dan cukup rasa..
Masukkan kacang, tempe dan ikan bilis yang telah di goreng.
Gaul rata dan tutup api dapur..
Siap dan selamat mencuba.. 
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon