Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit

Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit


Di sebabkan kekangan masa, kebanyakkan kita suka menyediakan menu masakan yang mudah, simple dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak..

Untuk surirumah pun, Reen rasa mereka suka yang simple sebab anak-anak yang memerlukan perhatian lebih..

Jangan cakap surirumah je nak simple, Reen yang belum kahwin ni pun suka masak yang simple.. hehehe... Hari ni, Reen masak Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit..

Sayur Kacang Masak Kicap

Sayur Kacang Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • Sayur kacang (di potong memanjang bulat)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawah besar (potong bulat)
  • Cili padi / cili kering
  • Udang kering
  • Kicap masin dan sedikit garam
  • Kicap manis / gula
  • Minyak masak

Cara-cara :
  • Cili, bawang putih, bawang merah dan udang kering di tumbuk.
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi sehingga kekuningan..
  • Masukan kicap masin dan sedikit kicap manis ( kalau tak de kicap manis boleh guna gula)
  • Kacau dan tambah sedikit air..
  • Biar mendidih sekejap dan masukkan sayur kacang dan bawang besar. 
  • Kacau dan biar sayur dan bawang layu sedikit. 
  • Tutup api.. 

Ikan Masak Rempah Kunyit

Ikan Masak Rempah Kunyit

Bahan-bahan :

  • Ikan tenggiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi / cili kering
  • Asam Jawa / Asam Keping
  • Serai
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak, garam dan aji

Cara-cara :
  • Tumbukan cili, bawang putih dan bawang merah serta titik kan sedikit serai
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah di tumbuk tadi sehingga sedikit kekuningan..
  • Lepas itu masukkan serbuk kunyit dan air. Gaul sehingga rata dan mendidih.
  • Masukkan ikan, garam secukup rasa dan sedikit asam jawa/asam keping..
  • Biarkan sehingga ikan masak dan tutup api. 

SELAMAT MENCUBA.. 
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Khamis, April 14, 2016 2:31:00 PG delete

aduhhhhhh.... rindu lak nak mencubaaaa...!!!

lama tak masak... huhu

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon