Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

1 comment

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris




Sebuah lagi adaptasi novel, Drama Duda Terlajak Laris bakal disiarkan di slot Akasia bermula pada 11 April 2016 menggantikan drama, Tundukkan Playboy Itu.. Drama arahan Fairuz Loy ini bakal menggandingkan dua pelakon utama iaitu Idris Khan dan Zara Zya.

Drama Duda Terlajak Laris diterbitkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd. Turut berlakon dalam drama ini adalah Wawa Zainal, Bella Nazari, Ikhlas Jalil, Anis Al Idrus dan ramai lagi.

  Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Drama Duda Terlajak Laris mengisahkan tentang Zafran Aldrin atau lebih mesra dipanggil Zack yang terpaksa bernikah dalam usia 18 tahun. Dia terpaksa berkahwin dengan Pehah setelah diperangkap dalam satu insiden menukar sebiji mentol.

Selepas majlis perkahwinan tersebut, Zack membuat keputusan tersebut untuk melarikan diri ke Australia dan tinggal bersama kakaknya. Di sana Zack mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran.

Selepas dua tahun, Zack kembali ke Malaysia setelah mendapat berita pemergian Tok Ayahnya. Tanpa alasan yang munasabah, Zack telah menceraikan Pehah dengan talak satu. Kata Pehah suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata Pehah itu ibarat satu sumpah.

Selepas 8 tahun berlalu, ibu Zack mahukan Zack berkahwin semula dan memiliki keluarga sendiri. Setelah beberapa kali Zack putus tunang, ibu Zack mulai putus asa. Kakak Zack cuba memperkenalkan Idayu. Idayu telah lama menyukai Zack. Zack sekadar merelakan dirinya ditunangkan dengan Idayu.

Selapas itu muncul pula Anis Nabihah. Melihatkan Anis, Zack teringatkan Pehah. Zack mula merapati Anis namun tindakannya itu membuatkan Idayu cemburu. Ketika membawa rasa kecewa, Idayu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah meninggal dunia.

Suatu hari Zack sakit gigi dan telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik pergigian. Di situ dia telah bertemu dengan seorang doktor gigi bernama Inas. Doktor gigi itu berpurdah. Zack merasakan ada sesuatu yang pelik pada diri Inas. Dan dalam masa yang sama dia turut menyukai Inas.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Zack akan bertemu semula dengan Peah?

Dah baca Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris, jangan lupa saksikan drama ini bermula pada 11 April setiap Isnin hingga Khamis, 7.00 malam di TV3.

BIODATA HERO DAN HEROIN DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...