Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan

Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan


Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan


Tidak kira di sekolah, Universiti, Kolej atau tempat kerja pasti kita mempunyai kawan tidak kira umur, bangsa, warna kulit dan agama. Membuat kenalan dengan orang yang baru atau tidak kamu kenali memberikan kamu kebaikan dalam berukhwah. Tetapi tahukah kamu bagaimana hendak memilih kawan yang bukan lawan?

Kalau ditanyakan kepada sedara mara terdekat atau orang lain bagaimana hendak memilih kawan, dan yang pasti mereka akan menjawab:

1. Jangan pilih kawan yang banyak ajak kamu buat jahat.

2. Jangan pilih kawan yang sokong kamu ketika kamu sedang buat kejahatan.

3. Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli, menganjing atau perlekehkan kamu apabila kamu sedang berubah kepada kebaikan.

4. Jangan pilih kawan yang tak tegur kamu apabila kamu melakukan sesuatu yang tidak baik.

5. Jangan pilih kawan yang mempunyai perangai buruk, suka mencarut sana sini dan mengumpat.

6. Jangan pilih kawan yang suka kepada maksiat.


Di antara semua ini merupakan salah satu jawapan yang bakal kamu dengari apabila bertanyakan kepada orang terdekat atau orang tidak kamu kenali bagaimana hendak memilih kawan. Jadi bagaimana nak pilih kawan kalau itu salah ini tidak betul dan segala kamu lakukan ada yang tidak kena?

Bak kata Imam al-Ghazali, ada dua belas jenis orang yang kita perlu dan berukhwah dengannya iaitu:

1. Jika kamu berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungi kamu.

2. Jika kamu merapkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.

3. Jika kamu memerlukan pertolongan darinya maka dia akan berupaya membantu kamu mengikut kemampuannya ketika itu.

4. Jika kamu menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.

5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan daripada kamu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari diri kamu, maka dia akansedaya upaya untuk menutupnya bukan menyebarkan kepada orang ramai.

7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka dia akan cuba membantu kamu dengan sedaya upayanya.

8. Jika kamu malu untuk meminta pertolongan, si dia akan bertanyakankepada kamu apa masalah yang kamu hadapi ketika itu.

9. Jika bencana datang menimpa diri kamu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan sesusahanmu itu.

10. Jika kamu berkata benar kepadanya, maka dia boleh menerima dengan sebaiknya dengan kebenaran itu.

11. Jika kamu merancang sesuatu kebaikan untuk dilakukan, si dia akanmenyokong kamu untuk menjayakan.

12. Jika kamu sedang berbincang dan mempunyai pendapat yang berbeza maka dia pasti akan mengalah untuk mengelakkan perselihan faham dalam persahabatan.

Jadi berhati-hatilah ketika memilih kawan kerana jika tersilap langkah dalam memilih kawan ia boleh menjadi lawan! 
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon