5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru

5 comments

5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru


5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru

Pertumbuhan pesat dan peningkatan harga selepas beberapa tahun di Malaysia menunjukkan bahawa pasaran hartanah Malaysia semakin stabil. Harga pasaran baru hartanah yang sedia ada amat stabil dan mempunyai nilai sendiri dan sekiranya anda telah menimbangkan untuk memiliki sebuah rumah baru sama ada untuk bekerja, berkeluarga atau hanya sekadar menukar persekitaran baru. Ini merupakan waktu yang sesuai sekiranya anda ingin berubah angin.

Keterujaan memiliki rumah baru boleh menjadi kecuaian dan salah satu punca berlakunya jenayah. Ianya boleh dicegah dengan langkah pencegahan seperti perancangan yang betul, persediaan yang betul dan sedikit kreativiti. Dan langkah-langkah berikut diambil untuk keselesaan, keselamatan dan tanpa tekanan.

DIY atau Profesional?

  • Keputusan pertama semasa membuat pertimbangan adalah amat penting, sama ada mengendalihan sendirian tekanan kehidupan seharian atau mengamanahkan kepada yang lebih pakar iaitu professional? Setiap pilihan mempunyai pro dan kontra, tetapi kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu memerlukan anda membuat persediaan dan perancangan masa. Mulakan langkah anda dengan membandingkan harga dua bulan pertama antara syarikat-syarikat pemindahan atau sewaan trak. Syarikat professional akan menawarkan anda satu anggaran harga berdasarkan jarak dan jumlah perabot anda yang memerlukan pengangkutan.
  • Masa juga memainkan peranan penting yang membawa perubahan dalam perbelanjaan, sama ada melantik atau menyewa sebuah trak. Berdasarkan Good Housekeeping, kebanyakkan harga sewa akan meningkat apabila tempoh sewaan tamat dan caj tambahan akan dikenakan apabila bekerja di hujung minggu. Perancangan jangka masa panjang boleh menjadi penyelamat anda apabila anda bersedia untuk langkah yang seterusnya.


Ambil Gambar Sebelum Dan Selepas

  • Ketika anda hendak mencuci dan membersihkan, ambil gambar rumah lama anda sebelum dan selepas, terutamanya barang-barang yang mudah rosak seperti pintu, lantai kayu, karpet dan tingkap. Menyimpan rekod sebelum meninggalkan rumah lama akan menyelamatkan anda dari di pertikaikan kerosakkan harta dari pemilik sewa baru. Lakukan perkara yang sama iaitu merekod segalanya ketika tiba di kediaman sewaan baru, lebih-lebih lagi sekiranya anda telah membayar deposit dan ingin mendapatkannya kembali nanti. Menyimpan gambar sebagai bukti menjadi salah satu cara yang baik untuk menyelesaikan pertikaian dan perbalahan dengan cepat.
  • Langkah seterusnya selidik dan buat perancangan yang boleh menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan. Terutamanya, jika anda menyewa seperti rumah kediaman Guru-guru Malaysia yang sudah disenaraikan dan mempunyai ulasan harta dan mengelak dari perbuatan pemilik sewa yang ingin memiliki wang deposit anda.


Penjimatan Bekalan

  • Perbelanjaan lebih pasti di sediakan ketika masa perpindahan berlaku, tetapi dengan mudahnya anda akan lupa bekalan mudah seperti kotak, pita dan bahan pembungkusan boleh di jimatkan. Walau bagaimana pun dengan sedikit kreativiti, anda boleh mengelak dari membayar bekalan tersebut. Lawat ke beberapa peruncit tempatan terutamanya bahagian stor atau bekalan kerana mereka biasanya mempunyai penghantaran bungkusan kotak yang besar dan kukuh. Pihak peruncit pasti dengan senang hati memberi kotak yang anda perlukan sebelum kotak-kotak di hantar untuk di kitar semula. Selain itu, anda juga tidak perlu membayar pembalut gelembung dan lain-lain perbelanjaan lebih-lebih lagi ketika menyimpan pakaian dan tuala dalam penjimatan wang dan ruang lebih luas. Jangan buang perkakas lama anda kerana semasa di rumah baru anda mungkin memerlukan semula perkakasan lama seperti tempat penggantung, skru dan kayu langsir. Beg plastik dan kontena jangan di buang bagi menyimpan makanan seperti sandwich dan ini akan menjimatkan anda dari memberi yang baru. 

Dahulukan Yang Berat

  • Peralatan dan bekalan perpindahan telah disedia, anda boleh ke langkah seterusnya yang lebih mencabar iaitu memindahkan ke semua barang ke rumah baru dalam satu-satu masa. Susun dan atur barang secara sistematik ke dalam kotak dan susun atur semua barang agar muat di simpan di dalam trak. Tetapi anda boleh membuat kehidupan anda lebih mudah dan peraturan dengan mendahulukan barang yang berat dahulu.
  • Apabila membungkus kotak, terutamanya pelbagai jenis barangan, cara terbaik ialah membungkus mengikut peringkat-peringkat. Barang yang berat didahului masuk ke dalam kotak kemudian di ikuti barang-barang yang rapuh dan mudah pecah. Tujuan memasukkan barang yang berat adalah untuk menstabilkan kotak. Ini merupakan kaedah yang diamalkan oleh pembungkusan trak, kaedah ini boleh dilakukan oleh anda sendiri mahupun bantuan dari pihak lain. Bermula dari perkakas yang berat diikuti dengan barangan yang ringan diletakkan bahagian atas. Sekiranya anda melakukan pembungkusan sendiri, anda perlu pastikan barangan anda tidak mudah terbalik. Barang yang berat perlu diseimbang dengan kotak berat atau sepihan perabot, tapi perlu pastikan barangan mudah pecah dan rapuh di asingkan jauh dari barang yang berat. Sila pastikan kotak mudah pecah di asingkan di tempat lain. Pengasingan bermaksud mengasingan perkakas keras dan berat dari perkakas mudah pecah dan rapuh.


Menyediakan senarai pembungkusan barang
  • Berat dan muat bukan hanya perlu di peringatkan bila diproses ke langkah seterusnya. Perlu di ingatkan senarai pembungkusan anda, dan barang yang mana perlu di hantar terus ke tempat yang di tuju. Setiap bungkusan perlu jelas di tanda “kegunaan” pada bungkusan agar dengan mudah anda capai, dan memastikan barangan masih bertahan bila di pindahkan ke dalam trak. Selain daripada kotak kadbod, anda juga boleh menggunakan kotak plastik lutsinar yg sedia ada untuk memudahkan anda melihat kandungan di dalamnya.
  • Setelah dipertimbangkan kembali, dengan jangka pendek, setiap keperluan perlu dipermudahkan dengan cepat dan mengurangkan segala tekanan. Sebelum menyelesaikan bungkusan anda, perlu semakan kembali barangan penting yang perlu di bawa jika dalam kecemasan seperti senarai telifon, ubat-ubatan atau peti kecemasan, barang peribada dan keperluan-keperluan yang penting.


Penutup
  • Jangan biarkan pertikaian dan kos perpindahan menjadi punca ketakutan dan menjauhkan anda dari memiliki pangsapuri dan rumah idaman anda. Dengan penelitian yang betul, perancangan perpindahan akan menjadi mudah, tidak sukar dan menyenangkan.






Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Bagusnya. Padat dengan info.. Sesuai untuk yg sedang mencari rumah untuk di sewakan atau menyewakan rumah.

    BalasPadam
  2. Saya dah 5 kali pindah rumah dari sewa ke rumah sendiri dan ke rumah kerajaan dalam jarak jauh. Rasa dah penat sangat berpindah randah.. bagusnya kalau ada tips menarik mcm ni. Tq

    BalasPadam
  3. Teringin untuk beli rumah cuma belum mampu lagi..

    BalasPadam
  4. Bagus juga bila ada tips lagu ni reen..apa2 blh la kita refer..tq reen sudi share info menarik ni

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...