Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Bateri kereta kong ketika Reen berada di Bangi.   Walaupon bukan kereta Reen, rasa cuak tu mengalahkan tuan punya kereta! Reen tak pernah lagi merasa bateri kereta kong selama ni.

Pengalaman Bateri Kereta Kong

Situasi ini Reen hadapi ketika melawat saudara di Bangi. Hari yang indah itu, sepupu bawa Reen ronda-ronda di sekitar bandar Bangi.. Cuaca yang panas tiba-tiba bertukar mendung dan akhirnya hujan lebat.. Di sebabkan hujan sangat lebat, sepupu yang memandu membuka lampu kereta sehingga kami tiba di mall sekitar Bangi.. Keseronokkan selepas ronda-ronda di dalam mall Bangi bertukar gelisah masa nak balik... KERETA TAK BOLEH START! Aduh, dah la kita semua perempuan, semua tak tahu pasal kereta pulak tu...huhu.. Reen tengok sepupu sibuk telefon ayah dia... Macam mana? Apa nak buat?


Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Tak lama lepas tu, ayah sepupu sampai. Tengok-tengokkan keadaan kereta. Dia kata tak reti sangat nak check ni. Lepastu dia pun buat satu panggilan. Reen sempat dengar dia sebut BATERIKU.COM.
Sementara menunggu kedatangan dari pihak BATERIKU.COM, Reen pun google tentang bateriku.com ni dan APA KELEBIHAN BATERIKU.COM sampai ayah sepupu Reen suka sangat servis diaorang.
APA KELEBIHAN BATERIKU.COM
  • Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri kereta bernilai hebat ke lokasi anda dengan hanya melalui satu panggilan telefon atau WhatsApp. 
  • Kami pasti datang ke tempat atau lokasi anda dengan segera untuk kerja-kerja menyelamat. 
  • Jenis perkhidmatan ini amat diperlukan oleh sesiapa sahaja, terutama mereka yang kurang berpengetahuan mengenai bateri dan masalah kereta. 
  • Anda hanya perlu berehat dengan tenang dan tunggu kru kami datang dan menjalankan kerja-kerja mereka.
  • Kami tidak akan terus menukar bateri anda. Sebaliknya kami akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti masalah bateri yang sedia ada. Ia adalah percuma. Oleh itu anda boleh menjimatkan wang anda dari dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak perlu. 
  • Jika anda perlu untuk menukar bateri baharu, anda hanya perlu membayar harga bateri. Ia adalah mudah dan sangat menguntungkan kerana kami juga menyediakan bateri 'terapung' untuk anda guna sementara waktu sekiranya bateri yang sedia ada berkeadaan lemah dan memerlukan pemeriksaan lanjut kami. Ini ada senario di mana anda mempunyai pilihan untuk berunding dengan kami sekiranya 'foreman' bengkel menyarankan kepada anda untuk menukar bateri baharu.
  • Kami menyediakan pelbagai jenis bateri - basah dan bebas-penyelenggaraan dan dari jenama semua bateri-bateri popular yang berkualiti tinggi dan sepadan dengan spesifikasi kereta anda. Bateri kami dijamin pada harga jauh lebih murah dengan yang terdapat di pasaran, bengkel atau kedai alat-ganti dan didatangkan dengan jaminan asas 12 bulan.
  • Dengan Bateriku.com anda pasti akan menjimatkan masa anda, wang anda dan keselamatan anda di lokasi.
Wow menariknya Bateriku.com ni! Tak lama lepas Reen baca info Bateriku.com tu, sebuah kenderaan tiba.. Kenderaan tu sebijik macam gambar bawah ni.

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERI.COM

Tanpa membuang masa, makenik tu terus periksa kondisi kenderaan sepupu. Lagak dia umpama abang macho penyelamat gadis-gadis dengan memakai sarung tangan sambil membuat kerja. Eh sempat pula Reen ushar mekanik tu kan haha.
Apa yang Reen dapat perhatikan, memang teliti dia periksa kereta sepupu Reen tu. Check punya check rupanya bateri kereta kong.. Sepupu hairan, macam mana boleh kong, bateri kereta baru je tukar tiga bulan lepas.. Rupa-rupanya, bila diingat balik, sepupu cerita masa sampai mall tadi, dia lupa tutup lampu kereta sebab tu bateri kereta kong. Ohhh gitu. Selepas itu, mekanik tu terus tukar bateri kereta dengan pantas dan efisyennya. Bila selesai tukar bateri, sepupu cuba start kereta, Alhamdulillah.. Kereta dapat di hidupkan, fuhhh mujur ada BATERIKU.COM!

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERI.COM

Alhamdulillah kereta dapat di hidupkan dan kita orang sambung jalan-jalan.. Bila selesai semua, perut pun lapar, jadi kita orang duduk lepak kat kedai makan. Jadi Reen tanya berapa harga bateri kereta. WOW... Terkejut Reen dengar, sebab murah, kat tempat Reen mahal. Dah la Bateriku.com ni ada servis delivery. Sangat memuaskan. Kalau difikirkan, kalau kereta rosak, sebelum tahu bateri kereta kong mesti kita cakap kereta rosak, nak panggil kereta tunda dah berapa duit melayang, dengan adanya servis delivery ni, di situ kita boleh menjimatkan sedikit wang untuk cover bayaran bateri kereta kan... 
Servis yang mantap FREE Deliver, Check dan Install... memang patut sepupu Reen jatuh hati dan setia menggunakan servis BATERIKU.COM. Yang menariknya, kita tak perlu risau jenis kereta yang kita miliki, Insya Allah, bateri untuk jenis apa-apa kenderaan ada. Antara jenama-jenama bateri :

Century, Yuasa, Hitachi, ASTRA dan jenama-jenama lain - jenis bateri bebas penyelenggaraan (Maintenance free) dan basah. Semua untuk pilihan anda untuk kereta/ kenderaan kesayangan anda


Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Kebanyakkan komen dari facebook Bateriku.com dan laman web Bateriku.com sangat positif. Ini membuktikan bahawa servis yang di berikan memberi kepuasan kepada pelangan mereka. Bila tengok sendiri layanan dan servis bateriku.com ni semasa atur kereta sepupu Reen tadi, Reen memang mengesyorkan korang menggunakan servis bateriku.com

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Untuk sebarang maklumat lanjut atau berminat untuk menggunakan khidmat BATERIKU.COM, boleh rujuk di bawah :
  • Alamat : 31. Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
  • Email : info@bateriku.com
Previous
Next Post »

9 Komen

Write Komen
Rosmiza Ali
AUTHOR
Khamis, Mei 05, 2016 11:54:00 PG delete

Wah! Bagus servis BATERIKU.COM ni.. Memang nak kena savela contact number depa in case emergency ada masalah bateri.. Tq reen for sharing!^_^

Reply
avatar
Khamis, Mei 05, 2016 12:05:00 PTG delete

Mujur ade bateriku.com...servis yang bagus dan terbaikkk

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
Khamis, Mei 05, 2016 4:00:00 PTG delete

Jgn wat main dgn kereta tunda sembarangan siap la kena beratus rm.. melainkan ditunda dgn kereta plus yg free caj. Tapi info ni dah kata ada servis datang dan tukar bateriku.com.. terbaiklah. Boleh membantu dlm kecemasan di jalan raya.

Reply
avatar
Khamis, Mei 05, 2016 11:05:00 PTG delete

Bestnya dan sangat mudah. Tak payah risau lagi la kalau ad masalah bateri problem lepas ni. Jgn lupa save no phone.

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
Jumaat, Mei 06, 2016 8:36:00 PG delete

Dah pernah pakai servis ni.. Memang puas hati ! Harga murah, cepat penghantaran ! Mudah pulak tu berurusan !

Reply
avatar
Suriaamanda
AUTHOR
Jumaat, Mei 06, 2016 1:13:00 PTG delete

servis terbaik for sure jadi pilihan kan....

Reply
avatar
Jumaat, Mei 06, 2016 6:18:00 PTG delete

kalau pompuan mmg cuak kalau kereta buat hal, mujur ada bateriku.com ni

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
Ahad, Mei 08, 2016 8:10:00 PTG delete

Wah servis bateriku.com ni mmg menarik laaa..lepas ni urusan lbh senang dgn batwriku.com

Reply
avatar
yanie yusuf
AUTHOR
Isnin, Mei 09, 2016 10:27:00 PTG delete

bagus ni..tq for sharing reen..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon