Borong Roti Gardenia

Borong Roti Gardenia


Lazimnya, sebelum naik kapal terbang, masyarakat Sarawak pasti akan memborong roti Gardenia.. Kenapa? Untuk makluman korang, kat Sarawak tak de Roti Gardenia.. Kedai roti MITA atau TAKA memang banyak kat Sarawak... dan paling lagend kedai roti ALL JOY..

Borong Roti Gardenia


Kalau orang yang tak tahu, mesti hairan tengok masyarakat Sarawak suka borong roti, macam nak buat bisness pulak.. hehe.. tak perlu hairan, sebab bila pelancong datang ke Sarawak, masyarakat sini tak hairan kalau korang borong kek lapis dan ikan terubuk.. Sebabnya setiap tempat ada tarikan tersendiri..

Tujuan utama masyarakat Sarawak suka borong roti Gardenia selain untuk makan sendiri ialah untuk di beri kepada saudara mara atau sahabat handai... Nak beli cenderahati kadang-kadang tak mampu, yang mampu cuma bagi roti, lebih-lebih lagi kalau mempunyai saudara yang ramai.. sebagai tanda ingatan kita kepada mereka.

Dalam banyak-banyak perisa roti Gardenia ni, Reen paling suka perisa Sambal Ikan Bilis.. Perisa lain pun sedap juga, tapi sambal ikan bilis cepat je kena rembat oleh adik beradik...

Reen pernah jumpa beberapa Supermarket kat Kuching ni jual roti Gardenia ni, tapi harga mahal sikit la.. kalau teringan baru beli.. tapi Reen dah tak ingat Supermarket mana yang jual.. huhu..

JUM NYANYI...
Ramai yang gemarkannya
Terasa segar sentiasa
Resipi Uncle Closum's
Tinggi kualiti Gardenia
Sungguh enak dimakan begitu saja...
Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
Sungguh enak dimakan begitu saja...
Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja





Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Khoo Chee
AUTHOR
Jumaat, Mei 27, 2016 4:37:00 PTG delete

Hehe.. sambal ikan bilis pun my fav jgk reen.. nyum2..

Reply
avatar
Sabtu, Mei 28, 2016 12:32:00 PG delete

nak bagitahu, saya betul betul nyanyi ikut lirik yang di beri bawah tuh.. ^^

http://www.mohdnoorshawals.com/

Reply
avatar
aKSARAfENDI
AUTHOR
Isnin, Mei 30, 2016 3:39:00 PTG delete

sblm2 ni rasa pelik knapa org srwk suka borong byk2.tp ble ada mmber bgtau, baru la paham.

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
Isnin, Jun 06, 2016 1:41:00 PTG delete

samalah kite, masa belajar kat sana tiap kali balik tak pernah miss borong roti gardenia..sumbat-sumbat je dalam bagasi..hehehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon