Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer

Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer


Kupilih Untuk Setia karya novelis Ameera Ameer merupakan novel pertama yang Reen beli dari terbitan Anaasa Publication merupakan... Komen pertama Reen tentang novel ni ialah best dan menepati citarasa Reen..

Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer

Jalan cerita novel Kupilih Untuk Setia berceritakan kisah Dania dan Ku Ariff.. kerana satu pertaruhan dan menjaga nama kawan baiknya, Dania menjadi orang gaji kepada Ku Ariff.. Selama 3 bulan Diana bertahan sebagai orang gaji sebelum dia menghilangkan diri untuk melanjutkan pelajaran...

Ku Ariff pula, selepas satu insiden.. hatinya tiba-tiba diterjah oleh satu perasaan yang halus.. kehilangan Dania membuatkan Ku Ariff menjadi nanar dan berusaha mencari Dania..

Pertemuan Dania dan Ku Ariff selepas 2 tahun, menyemarakkan lagi cinta di hati Ku Ariff.. Bagi Dania pula, pertemuaan itu merisaukan hatinya, andai rahsianya sebagai orang gaji terbongkar kepada keluarganya...

Lamaran dari Ku Ariff untuk Dania melalui Abang Dania sangat di sukai keluarga Dania tapi tidak untuk Dania.. Usia Ku Ariff menjadi punca hati Dania berdolak dalih untuk menerima Ku Ariff.. Korang boleh bayangkan macam usia Dato Siti dan Dato K.. hehe..

Penyatuan Dania dan Ku Ariff walaupun tidak di terima sepenuh hati oleh Dania, namun lama kelamaan Dania menerima Ku Ariff dalam hidupnya.. Dugaan dan cabaran yang di lalui namun takdir Tuhan siapa mampu menolaknya...

Apa yang Reen boleh ulaskan Novel Kupilih Untuk Setia tidak terlalu berat untuk di baca dan Reen bagi 5/5 bintang..


SINOPSIS KUPILIH SETIA
“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila
 Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!
"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff
Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.
Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?
"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff
Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.
Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Isnin, Mei 16, 2016 9:23:00 PTG delete

Wow.. Menarik.. Boleh masuk list untuk dibaca...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon