Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap

Leave a Comment

Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap


Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap

Sayur kacang dan hati ayam.. bila digabungkan dalam satu masakan memang menjadi sangat lazat dan berkhasiat..  Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap merupakan menu yang mudah dan ringkas.. Dan tidak mengambil masa yanb lama untum di sediakan..


Bahan - bahan :

10-15 batang sayur kacang
5-10 Hati ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 bawang besar
1 inci halia
2 sudu kari
5 sudu makan kicap masin
Minyak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air



Cara - cara : 

Potong sayur kacang membulat atau memanjang..
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia..
Panaskan minyak dan masukkan bawang  yang telah di tumbuk..
Tumis sehingga sedikit kekuningan..
Masukkan kari yang telah dicampur dengan sedikit air..
Kacau sehingga kari masak dan pecah minyak..
Masukkan hati ayam dan kacau sehingga hati ayam masak..
Masukkan sayur kacang, bawang besar yang di potong bulat dan sedikit air..
Selepas itu, masukkan kicap, garam dan sedikit gula..
Kacau sehingga sayur masak.
Selesai dan tutup api..
Selamat mencuba..
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...