Tumpik Lemantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak

Tumpik Lemantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak


Lemantak merupakan makanan tradisi Sarawak yang berasal dari masyakarat Malanau.. Menurut masyarakat yang hidup di zaman penjajahan Jepun, ketika beras amat sukar untuk didapati, selain ubi kayu, Sagu menjadi salah satu altenatif makanan yang ada.

Sagu kemudian akan di buat menjadi tepung Lemantak dan di campur dengan kelapa parut untuk di buat sebagai Tumpik Lemantak.. Selain di saji sebagai Tumpik Lemantak, Sagu juga boleh di saji sebagai Linut/Ambuyat atau Tabaloi..

Di Kuching ni, Reen hanya tahu satu kedai je sajikan Tumpik Lemantak ni, iaitu Cafe Liza tak jauh dari Bangunan Baitulmal.. Kalau teringin nak makan, Reen pergi sana..

Tumpik Lamantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak
Tumpik Lemantak yang di saji bersama Gula Apong


BAHAN - BAHAN

1 Cawan Tepung Lemantak
1/2 Cawan Kelapa Parut
Secubit Garam / secukupnya



CARA - CARA MEMBUATNYA


Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata.
Panaskan kuali leper atau pan.
Sesetengah sumber mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak/tumpik
Tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng.
Lipat dua lempeng lemantak anda apabila cukup masak.
Lempeng Siap dihidangkan.
Sedap di cicah dengan Gula Apong


Tumpik Lamantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak
Rupa asal Lemantak yang diperbuat daripada Sagu

Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Inani Hazwani
AUTHOR
Khamis, Mei 12, 2016 10:24:00 PTG delete

Ohh baru tahu ada tepung nama lemantak. Heheh

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
Jumaat, Mei 13, 2016 11:10:00 PG delete

owh macam lempeng jugakla yer reena

Reply
avatar
Isnin, Mei 16, 2016 9:29:00 PTG delete

Macam lempeng... Mesti menarik..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon