Doraemon Di CityOne Megamall

Leave a Comment

Doraemon Di CityOne Megamall



Doraemon... salah satu kartun yang Reen tunggu-tunggu dulu setiap hari Sabtu, 7 malam... satu family duduk depan tv.. layan kartun Jepun ni... Doraemon Di CityOne Megamall, Semperna cuti sekolah, boleh la bawa anak-anak ke sana..

Doraemon Di CityOne Megamall

Menarik dan sangat memukau... pelbagai aktiviti yang boleh anak-anak sertai dan bermacam-macam patung doraemon boleh dimiliki..

Doraemon Di CityOne Megamall

Bagi yang lahir tahun 80an dan 90an.. selain menonton kartun doraemon di tv, komik doraemon juga menjadi koleksi berharga pada masa tu... sekarang ni, bila pergi kedai buku, Reen dah tak nampak jualan komik doraemon lagi...

Doraemon Di CityOne Megamall

Doraemon Showcase ni memang mengimbau kenangan ke zaman kanak-kanak... dulu sampai pernah terfikir kalaulah ada doraemon kan best.. boleh meminta apa saja dan boleh menolong kita.. kan kan.. telifon ajaib, mesin rentas waktu, dan yang paling best.. berangan nak ada poket macam doraemon.. macam-macam ada dalam poket tu... hahaha kalau masuk dalam poket doraemon rasanya boleh sesat cari barang sebab tak jumpa.. 

Doraemon Di CityOne Megamall

Banyak betul kenangan kartun doraemon ni.. tiba-tiba Reen teringat roti yang ditulis jawapan untuk exam.. hahaha.. masa zaman sekolah dulu, kalau waktu exam mesti terfikir, kan best kalau ada roti doraemon tu mesti senang nak ulangkaji dan lulus exam.. 

Doraemon Di CityOne Megamall

4 Jun 2016 nanti akan di adakan tayangan exclusively Doraemon The Movie Nobita And The Spaceheroes di CityOne Megamall.. Kalau ada masa lapang boleh la bawa family pergi tengok dan sambil-sambil tu boleh jalan-jalan di Doraemon Showcase di Ground Floor CityOne Megamall...

Doraemon Di CityOne Megamall




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...