Ikan Tenggiri Masak Kari


Ikan Tenggiri Masak Kari



  Ikan Tenggiri Masak Kari


Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari


Bahan-bahan :

10 hiris Ikan tenggiri

3 biji bawang putih

4 biji bawang merah

1 inci halia

1 1/2 sudu kari

3 biji tomato (hiris 4)

4 batang bendi (hiris 2)

100ml Santan

1 batang serai

2cm asam keping

1 mangkuk air



Cara-cara

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia yang di tumbuk dan serai yang di titik hujungnya.. Kacau sehingga sedikit kekuningan...

3. Masukkan kari yang sudah di gaul rata dengan air.. kacau sehingga kari pecah minyak..

4. Masukkan air.. Kacau dan biar mendidih sebentar.

5. Masukkan bendi. Sehingga bendi lembut...

6. Kemudian masukkan ikan tenggiri.. Biar sehingga ikan masak.

7. Selepas itu, masukkan santan dan asam keping. Kacau rata dan sehingga mendidih..

8. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.. Akhir sekali masukkan tomato.

9. Tutup api dapur..

10. Selamat mencuba

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Rabu, Jun 15, 2016 10:31:00 PTG delete

Nice sgt resepi dia. Boleh cuba kut untuk yg bru nak berjinak masak mcm Ain ni. hehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon