Nasi Goreng Pattaya Dan Sup Telur

Nasi Goreng Pattaya Dan Sup Telur


Nasi Goreng Pattaya Dan Sup Telur

Nasi Goreng Pattaya Dan Sup Telur


Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan :

2 tangkai cili kering

2 biji bawang putih

3 biji bawang merah

Segenggam udang kering

2 mangkuk nasi putih

2 biji telur




Cara-cara :

1. Tumbuk cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering.

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau..

3. Masukkan nasi putih. Gaul sehingga rata.

4. Kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Ketepikan dari api dapur.

5. Pukul telur dan sedikit garam berasingan.

7. Panaskan minyak dan masukkan telur dan ratakan telur.

8. Angkat telur dan masukkan ke atas mangkuk. Kemudian masukkan nasi goreng ke dalam telur tersebut.

9. Tutup kan nasi dengan telur dan ambil pinggan dan tungkupkan..

10. Hiasan dengan sos dan mayonis.


♡ Note : 1 biji telur untuk membalut 1 mangkuk nasi goreng ♡





Sup Telur


Bahan-bahan :

4 biji telur

2 biji kentang ( potong 4 / 6)

3 biji bawang putih (di hiris halus)

4 biji bawang merah (di hiris halus)

1 inci halia (di hiris halus)

Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)

1 1/2 L Air



Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Dan masakkan rempah tumis, bawang merah dan halia.. Kalau sehingga sedikit kekuningan.

2. Kemudian masukkan bawang putih. (Bawang putih cepat hangus sbb tu Reen masukkan lewat sikit).

3. Kacau bawang sehingga kekuningan seperti bawang gorang.

4. Masukkan air. Selepas itu, masukkan kentang.. Biar sehingga mendidih dan kentang menjadi lembut. Api dapur jangan terlalu besar. Gunakan api sederhana.

5. Bila kentang sudah lembut.. Masukkan telur satu persatu.

6. Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. (Kalau pakai secukup rasa, jangan masukkan garam dan aji)

7. Selamat mencuba.



Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Rosmiza Ali
AUTHOR
Khamis, Jun 16, 2016 6:33:00 PTG delete

Simple tapi menyelerakan.. Boleh cuba nanti.. Thanks for sharing resepi.. ^^,
RosmizaAli.Com

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon