Resepi Bubur Pedas Sarawak

Resepi Bubur Pedas Sarawak



Resepi Bubur Pedas Sarawak

Bubur Pedas merupakan makanan yang popular di bulan Ramadhan di Sarawak.. Kebiasaannya, keluarga Reen jarang nak beli bubur pedas ni di bazar.. kami lebih selesa dan berpuas hati kalau masak sendiri bubur pedas ni.. Kalau masak sendiri, dapat bagi saudara mara dan jiran tentangga sikit..


Bahan-bahan :

250gm serbuk bubur pedas

10-15 kacang panjang

2 bungkus putik jagung

1 bungkus tauhu kering (direndam, kemudian dihiris halus)

5 helai daun kunyit

1 peket Kulat hitam (direndam, kemudian dihiris halus)

1 peket Sundal malam (direndam, kemudian dihiris halus)

1 ikat Suun

1 kg Santan

3 bawang putih

5 bawang merah

6 cili kering

1 serai

2 genggam Udang kering

1 inci Lengkuas




Cara-cara :

1. Kacang panjang, putik jagung, tauhu kering, kulat hitam, sundal malam dan daun kunyit di hiris halus

2. Bubur pedas dan Suun di rendam berasingan selama15 minit sebelum masakan di mulakan.

3. Cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas dan udang kering di tumbuk lumat atau di blender.

4. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk lumat tadi. Kacau sehingga masak.

5. Masukkan bubur pedas. Kacau dan tambah air sedikit.

6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di hiris halus tadi kecuali hirisan daun kunyit.. Kacau dan tambah lagi air. Kacau lagi sehingga bahan-bahan dalam periuk masak.

7. Masukkan santan. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan Suun.

8. Kacau. Kemudian masukkan garam secukup rasa.


Resepi Bubur Pedas Sarawak


*maaf, sundal malam tu Reen tak tahu nama lain dia.. dah cuba cari tapi tak jumpa.. kalau tak jumpa untuk masakan, abaikan dari bahan-bahan campuran bubur pedas. Boleh di ganti atau di campur dengan kentang yang di potong dadu..
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Ayuni
AUTHOR
Khamis, Jun 09, 2016 7:36:00 PG delete

first time dgr psl bubur pedas Sarawak....

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon