Resepi Dalca Ayam

2 comments

Resepi Dalca Ayam


Resepi Dalca Ayam

Alhamdulillah, semalam berbuka dengan Dalca Ayam dan Acar Timun.. Insya Allah nanti Reen kongsi Resepi Acar Timun.. sebelum tu.. mari Reen kongsikan Resepi Dalca Ayam untuk korang.. 

Bahan-bahan :

500g dalca

4 biji kentang (potong 6 / 8)

1 biji terung

1 biji carrot

1 dada ayam

3 biji tomato

5-10 kacang panjang

3 biji bawang merah

4 biji bawang merah

1 inci halia

3 sudu kari

Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)

Segenggan udang kering

200ml Santan (kotak kecil)

Air secukupnya




Cara-cara :

1. Rebus dalca sehingga lembut. Bila dalca sudah lembut, biarkan dan kecilkan api.

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, udang kering dan hujung serai.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan rempah tumis dan bahan yang di tumbuk sehingga sedikit kekuningan..

4. Masukkan kari yang sudah di campur air. Kacau sehingga kari pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan ayam yang di potong kecil. (Atau ikut cita rasa korang). Kacau sebentar 5-10 minit.

6. Kemudian masukkan bahan tumisan di dalam kuali tadi ke dalam periuk rebusan dalca. Kacau sebati.

7. Masukkan kentang dan carrot. Biar sehingga kentang dan carrot lembut. Kacau secara berkala agar dalca tidak melekat dan hangus di dalam periuk.

8. Bila kentang dan carrot dah lembut, masukkan santan. Kemudian masukkan sayur kacang dan terung.

9. Tunggu sehingga kacang dan teruk masak. Masukkan garam dan ajinomoto. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.


Resepi Dalca Ayam

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Tq share resepi. Senang juga cara nk masak dalca ni ye rupanya..

    BalasPadam
  2. Akk tak penah lagi buat dalca reen..kalau nak.mkn biasa blk kg mak buatkan je hehhee

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...