Resepi Roti John

2 comments

Resepi Roti John


Resepi Roti John

Roti John, salah satu makanan yang popular di bazar Ramadhan.. adik Reen, bulan puasa ni selalu sangat beli roti john ni... Kadang-kadang yang di beli tak menepati cita rasa kita.. Jadi Reen cuba buat sendiri.. sekurang-kurangnya kita puas hati sebab buat sendiri.. Dan yang lagi best, bila buat sendiri kita boleh buat ikut citarasa kita.. nak letak sos cili lebih, mayonis lebih, sos lada hitam lebih.. nak letak sayur atau tak.. semuanya ikut citarasa sendiri.. dan kalau nak inti tebal, boleh letak telur dan daging lebih.. Itu kepuasan bila dapat buat sendiri... Ok, jom Reen kongsi Resepi Roti John yang Reen buat untuk berbuka semalam.. Ramadhan ke 4...

Bahan-bahan

3 keping daging burger ( di cincang lumat, Reen guna garfu je)

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 biji telur ayam

1 sudu teh kari

4 keping roti sosej

Daun sup (potong halus)

Sedikit garam




Cara-cara :

A : Inti Roti John..


1. Pecah telur dan sedikit garam. Pukul telur sekejap.

2. Masukkan kari. Pukul dan kacau sehingga kari sebati.

3. Masukkan daging burger dan bawang.. kacau sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan daun sup.




B : Cara Buat Roti John.


1. Sediakan roti secukupnya.

2. Panaskan kuali leper atau non-stik pan. Sapukan sedikit minyak atau planta.

3. Ambil inti secukupnya untuk satu roti john.. biarkan sekejap.

4. Kemudian, ambil roti john dan telangkupkan atas permukaan inti tadi.

5. Biarkan sebentar sehingga inti dan telur masak. Kemudian balikkan roti sekejap. Angkat dan letak atas pinggan.

6. Ulang step B.1 hingga B.5 sehingga roti dan inti habis..

7. Letak sos cili, mayonis dan sos lada hitam.

8. Siap dan boleh di hidang untuk juadah berbuka.


Resepi Roti John

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...