Roti Bakar Telur Leleh

Roti Bakar Telur Leleh



Roti Bakar Telur Leleh

Ramadhan ke 3.. Tengah-tengah malam, tiba-tiba perut lapar pula.. tekak pula teringin nak makan Roti Bakar Telur Leleh... pergi dapur.. tengok semua bahan untuk Roti Bakar Telur Lelah semua ada.. apa tunggu lagi.. masak time....


Bahan-bahan :
2 keping roti bantal/gardinea
1 sosej
1 biji telur
Sos cili
Mayonis
Sos lada hitam
Planta/majerin
1 sudu kacang panggang


Cara-cara :
1. Sapukan planta/majerin di atas roti.. kemudian bakarkan di atas kuali leper sehingga sedikit garing... Reen guna 2 keping roti bantal sebab roti ni tak tebal.. Angkat dan letak atas pinggan..
2. Kemudian masak telur di atas kuali leper, biarkan telur masak 3/4.. Angkat dan letak atas roti tadi.
3. Masak sosej dengan sedikit planta sehingga masak. Angkat dan letak atas telur pula.
4. Kemudian letam sos cili, mayonis dan sos lada hitam
5. Kalau korang suka cheese, boleh letak cheese..
6. Dan akhir sekali letak kacang panggang..
7. Siap dan selamat mencuba..

JOM MAKAN...

Roti Bakar Telur Leleh

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Khoo Chee
AUTHOR
Jumaat, Jun 10, 2016 12:37:00 PTG delete

Allah.. sedapnya.. puasa..puasa.. fuhh.. tbaca time tghari pulak..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon