Kulit Cantik Guna Ais Batu

1 comment

Kulit Cantik Guna Ais Batu



Kulit Cantik Guna Ais Batu

Ternyata AIS BATU bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik!

Sebenarnya ais batu, bukan sebagai salah satu petua kulit cantik yang dapat merawat kecantikan wajah. Ada banyak manfaat lain yang boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.


Berikut beberapa manfaat untuk kulit cantik gunakan ais batu:


1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.


2. MENGECILKAN RUANG PORI

Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.


3. MENGUBATI MATA SEMBAB

Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan mengunakan ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.

Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.


4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT

Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.


5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS

Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.


6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT

Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya!

Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.


7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH

Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.


8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA

Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.



Read More

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

1 comment

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada


Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Semua hanya di hujung jari.. Scroll... Scroll dan Scroll.. Kemudian Klik.. Mudah je nak shopping sekarang... Dunia yang semakin moden dan masa sangat mencemburi kita.. Kesibukan bekerja dan aktiviti seharian kadang-kadang menyebabkan kita tak de masa untuk membeli belah... Dengan adanya laman Shopping EZBUY, sambil rehat-rehat, baring-baring sebelum tidur boleh lah shopping online... Mana yang berkenan di mata, Klik.. klik... kemudian bayar.. lepas tu tunggu je barang sampai rumah... Macam macam ada di laman Shopping Di EZBUY.. Sakit jiwa memilih sebab semua nya cantik cantik dan murah.. 

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Macam-macam ada... Pilihan semua di hujung jari kita..  Sistem yang sangat sistematik dengan adanya Kategori-kategori yang akan memudahkan pembeli untuk mencari dan memilih barang yang diingini.. 

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Hasil Online Shopping Reen di EZBUY ialah hanya RM103.90, Reen dapat membeli 5 item... itu pun sedaya upaya menahan diri dari klik, klik item lain.. hahaha... memang murah-murah, siap ada item yang sale dan rasa nak beli semua yang kenan di mata.. 

Psssttt.. Reen nak bagitahu ni... khas untuk pembaca Blog Reena Sidek... Sekiranya korang daftar EZBUY  di link ini http://bit.ly/EzbuyRM15... korang akan dapat VOUCER RM15 dan  offer 15% off shipping fee dengan menggunakan CODE EZJUL15

 http://bit.ly/EZJUL15

Selepas DAFTAR.. cek EMAIL korang. Confirm kan dulu.. Lepas tu LOG IN semula... dan korang boleh mula shoppinggg...

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada


Jumpa yang kenan di mata... ADD TO CART..

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Bila selesai memilih barang.. Klik SHOPPING CART.. kat situ barang yang korang nak beli... Pilih juga jenis penghantaran yang korang nak... Selesai pilih.. korang klik CHECK OUT..

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Isi Alamat penghantaran... kemudian Klik NEXT...

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Klik PAY NOW..

Cuci Mata Di Laman Shopping EZBUY, Macam Macam Ada

Korang boleh pilih cara korang nak bayar.. sama ada nak e-Banking, Manual Internet Banking, Credit Card atau ATM Transfer...

Reen gunakan ATM Transfer.. Dengan ATM Transfer ni, kita boleh bayar dengan nilai yang kita nak.. (Ada 3 pilihan bank : MAYBANK, PUBLIC BANK dan RHB)

Reen guna Maybank...Pergi ke Maybank website... rujuk gambar di atas.. link warna merah tu.. klik.. dan korang log in akaun Maybank2u korang.. Kemudian korang transfer duit... Simpan no RUJUKAN (REFERENCE NUMBER)

Selepas buat pembayaran... Klik I've complated Transfer.. Kat situ nanti dia akan minta no rujukan bank.. 

Selesai... Hanya tunggu Waiting For Verification di handphone korang (ni ambil masa mesej masuk).. Bila dapat mesej nanti, korang check akaun EZBUY korang untuk kepastian yang bayaran korang berjaya... 

Lepas tu.. apa lagi... Kita tunggu je barang sampai rumah....

Semoga, apa yang Reen tulis dan cara-cara shopping ni dapat membantu korang untuk shopping di laman web EZBUY http://bit.ly/29RgV6v



Read More

Original Resepi Kek Lumut

1 comment

Original Resepi Kek Lumut


Original Resepi Kek Lumut

Original Resepi Kek Lumut | Raya tahun ni, salah satu kek yang Reen buat ialah Kek Lumut.. dan memang sedap.. Sendiri buat, sendiri puji... hehehe.. Sebab apa Reen cakap ni original Kek Lumut. Sebab ada teh. Kebanyakkan orang lama yang Reen borak, semua cakap resepi lama ada air teh.. Raya tahun ni gigih cari resepi asal kat buku resepi mak dan buat sendiri.. 

Resepi Kek Lumut 

Bahan-bahan :

10 biji telur ayam
16oz mentega
2 cawan tepung nestum (Reen guna Nestum Original, kalau kasar, kisar halus)
1 cawan tepung jagung
1 cawan susu Ideal Milk (Susu cair)
4 susu serbuk teh (anggaran 1 cawan) - Reen guna 2 uncang teh (senang tak payah tapis)
1 botol pandan paste dan pewarna hijau

Cara-cara :
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati. (Asingkan tepi)
2. Kacau mentega sehingga kembang dan masukkan kedalam adunan telur tadi.
3. Sesudah itu, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung nestum. Gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan air teh tadi. Kacau rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau. Gaul rata.
6. Sediakan acuan 8 x 8. Kukus sehingga masak. Anggaran kukus 3-4 Jam.


Original Resepi Kek Lumut

Bahagian Cheese 

Bahan-bahan : 
250g cheese
1 sudu esen vanilla
3biji telur
4 sudu tepung gandum
180g gula

Cara-cara :
1.Campur kesemua adunan pukul hingga kembang.
2. Adunan kek lumut tadi di bahagi 2.
3. Sediakan acuan 9 x 9. 
4. Kukus bahagian pertama kek lumut sehingga masak. Diikuti bahagian cheese. Dan akhir sekali bahagian kek lumut semula. 
5. Kukus sehingga masak. 


* Untuk tahu bahagian dalam kek masak atau tidak. Guna lidi satey. Cucuk dan kalau x de kek yang melekat di lidi, bermaksud kek dah masak.

Read More

Kek Pilih Kasih

2 comments

Kek Pilih Kasih


Kek Pilih Kasih

Kek Pilih Kasih.. Salah satu kek kegemaran mak Reen.. Tiap-tiap tahun raya mesti mak request nak Kek Pilih Kasih ni.. Jadi Reen buatkan je.

RESEPI KEK PILIH KASIH 


Bahan-bahan :

16oz mentega
1 tin kaya (kecil)
200g horlick (dalam buku resepi 1 botol kecil horlick)
10 biji telur ayam
1/2 susu manis (Kecil)
100g bijan / lengak (disangai kering dalam kuali)
2 1/2 gelas kacang tanah yang di tumbuk
1 1/2 gelas gula halus
1/2 tepung gandum
2 gelas tepung roti marie
6 sudu makan milo
1 sudu makan browning sugar
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara :

1. Mentega di pukul dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
3. Masukkan susu, kaya, milo dan horlick. Gaul rata.
4. Masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kacau sebati
5. Masukkan tepung marie dan tepung gandum. Kemudian masukkan kacang tanah dan bijan / lengak.
6. Kacau sehingga rata.
7. Sediakan acuan 9 x 9. Dan kukus sehingga masak. Anggaran kukus 3-4 jam..

* Gunakan lidi satey untuk memeriksa kek masak atau tidak. Sekiranya tiada bahagian kek yang melekat pada lidi bermaksud kek sudah masak.
Read More

Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

Leave a Comment

Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan


Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

PENYEDIAAN SOS SPAGHETTI


Bahan-bahan:

1 Bawang Besar (potong dadu dan nipis)

4 Ulas Bawang Putih (tumbukkan atau cincang lumat)

6 Keping Daging Burger (kalau guna Daging Ramly 2-3 cukup) - di hancur macam daging kisar.

5 batang sosej (di potong empat dan nipis)

1 botol Pati Tomato (Reen guna jenama Prego)

1 tin candawan butang (dipotong memanjang atau dadu)

2 botol sos cili (guna botol prego tadi untuk sukatan) - Reen guna sos cili Kimball bungkus.

3 botol air (guna botol prego untuk sukatan)

Garam dan Ajinomoto

Chadder Cheese


Cara-cara :

1. Panaskan minyak

2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau

3. Masukkan daging burger dan sosej. Kacau.

4. Masukkan pati tomato, sos cili. Kacau sebati.

5. Masukkan air. Kuah jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang.

6. Masukkan cendawan butang.

7.  Letakkan garam dan ajinomoto. (Rasa dulu sos sebelum tambah garam dan ajinomoto.

8. Parutkan sedikit cheese kedalam sos speghetti.

9. Kacau sebati. Tunggu sampai mendidih.

10. Kalau rasa dah ok, boleh la hidangkan.

Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

 PENYEDIAAN PASTA

Bahan-bahan:

Pasta

Air

Sedikit garam

Minyak masak


1. Isikan air dalam periuk.

2. Letakkan sedikit garam.

3. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam air, tujuan dia bila dah siap rebus pasta, pasta tidak melekat antara satu sama lain.

4. Panaskan air, dan letak lah pasta dalam periuk. Tunggu sampai pasta ni semua lembik kena rebus dan toskan.

* Sediakan pinggan. Masukkan sesenduk pasta. Tuangkan sos speghetti dan parut sedikit cheddar chesse di atasnya.

Read More

Minyak Ajaib Tradisonal Penawar Batuk, Lelah Dan Asma

2 comments

Minyak Ajaib Tradisonal Penawar Batuk, Lelah Dan Asma


Minyak Ajaib Tradisonal Penawar Batuk, Lelah Dan Asma


Sejak dua tiga hari ni, Reen rasa letih sangat dan nafas rasa semput.. kadang-kadang tu nak tarik nafas pun rasa susah.. tak tahu kenapa rasa macam tu, mungkin kesan letih kesibukan selepas berhari raya, rumah terbuka lagi, banyak minum air ais dan faktor cuaca yang tak menentu. Mujur ada MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.. Reen sapu dan gosok Minyak Herba Asma Mujarab di bahagian dada dan belakang badan.

Alhamdulillah, sangat sesuai sekiranya disimpan satu botol untuk kegunaan satu keluarga kerana banyak manfaat dan keistimewaannya seperti penawar :
Batuk, Lelah, Asma, Menghilangkan Kembung Perut, Sakit Perut, Luka, Terkena Api dan di gigit bintang berbisa, sakit gigi dan tergeliat dan lain-lain.

Minyak Ajaib Tradisonal Penawar Batuk, Lelah Dan Asma

Minyak Herba Asma Mujarab merupakan minyak keluaran Warisan Turun Temurun daripada seorang Pak Cik Tua di sebuah kampung dan 100% proses secara "HOME MADE" sejak 40 Tahun dahulu :
✓ Minyak Herba Asma ini BUKAN yang telah di RnD semula
✓ Bukan diproses daripada Kilang
✓ Minyak Herba Asma Mujarab Asli 100% (YANG ASAL)
✓ Herba asli daripada ramuan rahsia turun temurun
✓ Bukan diproses di bawah Syarikat SDN. BHD.
✓ Ianya selamat dari awal pengeluaran hingga sekarang
✓ Lebih setahun berada di pasaran Online dan mempunyai ribuan testimoni

Oleh kerana Minyak Herba Asma Mujarab telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sama ada di dalam dan luar negara, maka terdapat pihak yang TIDAK BERTANGGUNG JAWAB telah meniru produk ini.

Reen akan bantu terangkan untuk korang yang ingin membeli Minyak Herba Asma Mujarab yang original supaya tidak ada lagi yang terpedaya dan tertipu.

Perbezaan antara asli dan palsu :
✓ Pembalut Tudungnya Sentiasa Seal Hijau (ASLI) Dari awal keluarnya produk ini, TIDAK SEKALI- KALI bertukar seal berwarna jernih dengan alasan Seal Hijau kehabisan Stok.
✓ Bau produk tiruan seperti asap rokok dan tak berangin
✓ HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL. Untuk memudahkan pengguna mengenalpasti produk asli dan tiruan.
✓ Untuk maklumat lanjut boleh layari http://herbaasma.com/

Minyak Ajaib Tradisonal Penawar Batuk, Lelah Dan Asma



Di harap penerangan yang Reen huraikan dapat membantu korang mendapatkan Minyak Herba Asma Mujarab yang asli kerna sangat sesuai untuk semua golongan tak kira usia. 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh juga melayari facebook 

Atau menghubungi :

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) 
HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
Read More

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Leave a Comment

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Pada bulan November Akan Datang, Novel karya Siti Rosmizah bakal di tayangkan di Slot Akasia. Pasti peminat karya Novel Siti Rosmizah tidak sabar menunggu kemunculan drama yang penuh air mata ni... Semua karya Siti Rosmizah ni, ada dalam koleksi novel Reen. Terbaru Novel RINDU AWAK SEPARUH NYAWA dalam proses membaca... Yang pasti, setiap kali membaca apa sahaja novel dari Siti Rosmizah, pasti akan mengundang air mata.  Huhu pastikan sedia tisu sebelum membaca..

Novel 7 Hari Mencintaiku mempunyai 1050 halaman.. Tebalkan tapi bila baca memang best.. jalan cerita tak berpusing-pusing..

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

OST 7 Hari Mencintaiku | Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (KLIK SINI)

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
Read More

Tip Melegakan Gejala Sakit Belakang

1 comment

Tip Melegakan Gejala Sakit Belakang


Sakit belakang sering dialami kebanyakan orang terutama mereka yang selalu melakukan kerja berat. Namun, kita boleh mengurangkan sakit belakang sekiranya melakukan pencegahan dan mengamalkan langkah tertentu.

Tip Melegakan Gejala Sakit Belakang

Sakit belakang sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana setiap individu pasti pernah mengalaminya tidak kira usia dan jantina. Penyakit sakit belakang dikatakan adalah yang kedua paling kerap menyerang manusia selepas penyakit selesema menyebabkan hampir tiada seorang pun terkecuali daripada merasainya.

Jika anda diserang gejala sakit belakang, sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara ini dapat mengurangkan ketegangan otot, lakukannya tiga hari berturut-turut. Baring terlalu lama juga tidak bagus kerana boleh menyebabkan otot lemah dan ketegangan.

Mandi air suam.
Mandi atau berendam di dalam air suam, melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam di dalam air suam kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan cara ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

Menggunakan tilam sesuai.
Tilam lembik dan using boleh memburukkan keadaan sakit belakang. Tidur atas tilam yang lbih elok dan pejal untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

Ambil aspirin.
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan tetapi mesti mendapat nasihat doctor terlebih dulu.

Tenangkan fikiran.
Sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan.

Gunakan kusyen.
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati cirri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan bertambah teruk. Justeru, letakkan kusyen kecil dibelakang pinggang untuk memastikan kesakitan tidak berterusan.

Berenang
Senaman paling berkesan meredekan sakit belakang. Jika tidak brisk walk juga dapat membantu meringakan masalah.

Mengangkat barang cara betul.

- Apabila mengangkat barang, pastikan ia diangkat cara betul, iaitu dekatkan barang itu pada badan.
- Kawal berat badan.
- Pastikan berat badan seimbang. Badan terlalu berat juga boleh memburukkan keadaan
- Jangan membongkok
- Apabila mengambil barang diatas lantai, turunkan badan seperti mencangkung, bukan membongkok.

Senaman
Semua orang disarankan melakukan senaman ringan juga aktiviti sukan kerana ianya dapat menguatkan otot seterusnya mengelakkan osteoporosis. Bagaimanapun aktiviti sukan yang disarankan bukanlah sukan ekstrem kerana setiap individu mempunyai daya tahan yang berlainan. Bagaimanapun dengan akiviti sukan anda melatih tubuh dan otot agar kekal cergas dan melancarkan peredaran darah. Aktiviti seperti berjalan dan regangan otot harus dilakukan setiap pagi supaya otot anda bergerak dan darah mengalir ke saraf.


Biobax Mampu Melegakan Kesakitan Dengan Cepat
Hanya dengan spray dengan BIOBAX, mampu melegakan sakit belakang dengan cepat. Kesan spray seawal 3 minit, kesakitan akan berkurangan dan melegakan kesakitan. Jika di gunakan secara konsinten 3 kali sehari, Insya Allah kesan yang sangat melegakan.. (TESTIMONI)

Tip Melegakan Gejala Sakit Belakang


Harga Biobax :

1 botol RM80 (SM) dan RM85 (SS) Harga Termasuk Postage


Apa tunggu lagi, dapatkan segera Biobax dari 

AGEN SAH BIOBAX : WHATSAPP 010-5255 601
Read More

Acar Ikan Bilis

1 comment

Acar Ikan Bilis


Acar Ikan Bilis

Pernah tak jumpa tuan rumah hidang Acar Ikan Bilis untuk tetamu semasa hari Raya.. Hehehe.. nampak pelik tapi kadang-kadang mampu menaikkan selera tetamu yang datang..

Masa pergi ke Sri Aman raya tahun ni, mak saudara hidangkan Acar Ikan Bilis ni.. Memang sedap, makan macam tu je.. kalau campur nasi panas lagi sedap. Sebelum balik, Reen minta Resepi, simpan dalam note handphone.. Balik Kuching terus cuba buat... Hehehe.. Sedap dan tahan lama..


RESEPI ACAR IKAN BILIS


Bahan-bahan

100g Ikan Bilis (kecil)

2 Cili tomyam

4 Limau kasturi

2 Bawang putih

1 1/2 Kulit limau sikit

Garam dan gula

Acar Ikan Bilis


Cara-cara :

1. Basuh ikan bilis dan biar kering sebentar.

2. Tumbuk bawang putih dan cili sehingga lumat. (Kalau suka pedas, boleh tambah cili atau cili di hiris)

3. Kemudian ikan bilis dan bahan yang di tumbuk di campur dan di gaul sehingga rata.

4. Perahkan limau kasturi dan ambil 1 1/2 kulit limat di hiris halus dan di gaul bersama ikan bilis.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga rata.

6. Sediakan tudung periuk. Dan letak semua ikan bilis tadi dan di jemur di bawah sinaran matahari selama 30 minit.

7. Siap dan selamat mencuba..


Acar Ikan Bilis

Read More

OST 7 Hari Mencintaiku | Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Leave a Comment

OST 7 Hari Mencintaiku | Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

OST 7 Hari Mencintaiku | Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Lagi novel yang bakal diadaptasikan ke daram iaitu 7 Hari Mencintaiku karya Novelis Siti Rosmizah. Drama 7 Hari Mencintaiku  yang mempunyai 28 Episod bakal di tayangkan di TV3 di Slot Akasia pada bulan November 2016.

Lagu LELAKI TERAGUNG, Nyanyian Dayang Nurfaizah merupakan lagu tema untuk Drama 7 Hari Mencintaiku. Tahniah di ucapkan kepada Dato' Ziela atas pemilihan lau yang sangat memukau dan lirik yang sangat menyentuh jiwa. Pengambaraan drama ini akan bermula 20 Julai.. Sama-samalah kita menantikan drama yang penuh emosi ini..

Tajuk Lagu : LELAKI TERAGUNG.
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Compuser : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran

KHUZAIRI LELAKI TERAGUNG DI HATI MIA ADRIANA.

Sama-sama kita hayati lirik ini

Ku sesali
Kerna pernah cuba sakiti hatimu
Sedang diri ini tidak mampu
Untuk hidup tanpa cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga

Oh kekasih...

Kembalikan cinta yang pernah ada
dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga

Meskipun kesetiaan yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku..padaku

Kasih pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku..

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga



Read More

Sedapnya Roti Kosong Cecah Kari Ayam

2 comments

Sedapnya Roti Kosong Cecah Kari Ayam



Resepi Kari Ayam


Terliur.. itu yang Reen rasa bila tiba-tiba teringin nak makan Roti Kosong Cecah Kari Ayam.. Bila dah teringin, mood nak masak pun datang cepat.. Cukup je bahan terus masak... Bila siap terus makan.. hehe

Resepi Kari Ayam


Bahan-bahan :

2 dada ayam (potong ikut saiz yang diingin)

3 bawang putih

5 bawang merah

1 batang serai

3 inci halia

2 sudu kerisik

2 biji kentang (potong 6 atau 8)

Rempah tumis (Kulit kayu manis, Cengkih, Biji pelaga, Bunga lawang)

2 sudu makan kari ayam (dikacau sebati dengan air)

Santan




Cara-cara :

1. Ayam di perap dengan halia dan di ketepikan.

2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan rempah tumis. Kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.

3. Masukkan kari ayam. Kacau sehingga kari pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambah air supaya kentang menjadi lembut dan empuk.

5. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah tidak hangus.

6. Setelah kentang lembut.. Masukkan kerisik, garam, ajinomoto, sedikit gula, asam keping/asam jawa dan santan.

7. Tambah air sekiranya air surut atau kurang.

8. Kacau sehingga rata dan tutup api dapur setelah mendidih.

9. Selamat mencuba.

Resepi Kari Ayam

Read More

Testimoni Setelah Menggunakan Biobax Terbukti Legakan Kesakitan Dengan Cepat

1 comment

Testimoni Setelah Menggunakan Biobax Terbukti Legakan Kesakitan Dengan Cepat




Hanya dengan spray sahaja.. mampu melegakan kesakitan dengan cepat... Adakah anda percaya atau tidak?

Pada mulanya anda mungkin sukar untuk percaya tapi setelah anda menggunakan nya Reen pasti anda akan percaya dan akan menyorkan kepada rakan anda yang mengalami masalah seperti anda untuk menggunakan Biobax.

Untuk pengetahuan anda, Reen telah mencuba satu botol spray Biobax di kalangan ahli keluarga Reen sendiri. Reen berani bagitahu BIOBAX memang terbaik.

1. Orang pertama yang Reen cuba ialah bapa Reen. Bapa Reen sering mengadu sakit kaki, dan tak mampu nak berdiri dan berjalan lama.. untuk maklumat anda, bapa Reen juga salah seorang yang mengalami sakit gaot. Reen hanya Spray dan gosok di bahagian lutut dan tapak kaki. Dan Alhamdulillah, biobax mampu melegakan kesakitan dengan cepat setiap kali bapa mengadu sakit.

2. Selepas itu, Reen dan mak sering mengalami CRAMP kaki. Bayangkan semasa anda sedang tidur nyenyak tiba-tiba kaki anda cramp. Huhuhu, mahu menjerit malam-malam sebab sakit.. Untuk mengelakkan kaki mengalami cramp semasa tidur, hanya spray di bahagian tapak kaki dan gosok. Insya Allah, malam itu anda pasti tidur dengan nyenyak.. Itu yang Reen amalkan sekarang untuk mendapat tidur yang lena.

3. Suatu hari, adik Reen mengadu sakit sendi di bahagian lutut selepas seharian dia menghadiri kursus. Memang letih bila menjadi salah seorang urusetia kursus tersebut. Dari seawal jam 7 pagi sehingga jam 5 petang, menguruskan banyak hal dan yang pastinya banyak kerja yang diuruskan, adik mengadu yang lutut dia sakit mungkin juga di sebabkan keadaan di dalam dewan yang sejuk dari penyejuk udara. Balik dari kursus tersebut, Reen terus syorkan adik spray dan gosok biobax di bahagian lutut. Dan malam sebelum tidur, sekali lagi adik menggunakan spray biobax di bahagian lutut dan tapak kaki. Keesokkan hari, Spray dan gosok lagi di lutut dan tapak kaki.. Alhamdulillah,  adik merasa sangat selesa ketika berjalan untuk turun kerja.

4.  Sakit pinggang, banyak faktor yang boleh menjadi penyebab sakit pinggang. Salah satunya pernah terjatuh teruk dan postur tubuh yang salah ketika mengangkat barang berat. Huhu, rasa kurang selesa bila pinggang sakit. Kalau berjalan kaki dalam tempoh yang lama, pasti pinggang terasa ngilu. Itu yang Reen alami setelah jatuh teruk di tandas beberapa tahun dulu. Alhamdulillah, setiap kali terasa ngilu di pinggang, Reen hanya spray dan dalam tempoh 3 minit mampu melegakan kesakitan.

4. Jadi Reen syorkan, ibu-ibu mengandung menggunakan spray biobax untuk melegakan sakit pinggang dan mengurangkan kesakitan ketika mengalami cramp.



Berdasarkan kajian survey yang telah di buat, rata-rata yang mempunyai masalah sakit belakang adalah disebabkan:

1. Scoliosis - Skoliosis ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.

2. Tempat tidur yang tidak sesuai dengan postur badan.

3. Pernah terjatuh teruk atau selalu terjatuh akibat kerja atau bersukan.

4. Menjaga anak seperti selalu dukung, kurang rehat, menyusu pada waktu malam dan tidur mengiring sepanjang malam.

5. Angkat barang yang berat dengan postur yang salah.

Sekiranya anda mengalami salah satu maslah sakit belakang di atas, Reen recommed anda memiliki satu botol spray biobax..



Sangat mudah di bawa dan di simpan di dalam beg. Malang tidak berbau dan kadang-kadang kesakitan itu datang tanpa di sangka dan di undang.


Harga Biobax :

1 botol RM80 (SM) dan RM85 (SS) Harga Termasuk Postage


Apa tunggu lagi, dapatkan segera Biobax dari 

AGEN SAH BIOBAX : WHATSAPP 010-5255 601





Read More

Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

2 comments

Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM


Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

Dia Anak Jeneral sebuah novel karya Hezzy Azra dari terbitan Alaf21 yang bakal di adaptasikan ke drama tak lama lagi. Drama Dia Anak Jeneral akan di tayangkan di RTM sebanyak 26 Episod dan selama 60 minit. Kita tunggu saja kemunculan drama ini nanti... Pasti tidak akan mengecewakan. 
Jom baca Sinopsis novel DIA ANAK JENERAL..

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

Read More

Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin

2 comments

Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin


Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin

Menggosok pakaian menjadi perkara yang remeh sebab ia memakan masa yang lama untuk kita pastikan kedut pada pakaian akan lenyap. Tetapi dengan teknik di bawah berikut, bukan sahaja ia membantu anda menjimatkan masa menggosok pakaian, malah menjimatkan tenaga elektrik!


Bahan yang perlu disediakan:

Papan seterika
Seterika
Kepingan aluminium (foil)

Bagaimana melakukannya:

1. Terlebih dahulu, tanggalkan alas atau sarung papan seterika.

2. Hamparkan kepingan aluminium di atas papan seterika anda. Pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas.

3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa.

4. Panaskan seterika dan ambil pakaian yang mahu digosok. Gosok seperti biasa.

5. Ketika proses menggosok pakaian ini akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, secara tidak langsung ia membantu anda menggosok kedua-dua bahagian pakaian dalam masa serentak. Jadi anda tidak perlu lagi menggosok kedua-dua belah! Senangkan...

6. Selamat mencuba
Read More

LIRIK LAGU ANUGERAH TERINDAH - BLACK | SAYANGKU KAPTEN MUKHRIS

1 comment

LIRIK LAGU ANUGERAH TERINDAH - BLACK | SAYANGKU KAPTEN MUKHRIS




Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah



Read More

Drama Curi-Curi Cinta Di Astro Bella

Leave a Comment

Drama Curi-Curi Cinta Di Astro Bella


Drama Curi-Curi Cinta Di Astro Bella


Curi-Curi Cinta, novel karya Siti Rosmizah yang bakal di adaptasi ke drama, dan tidak lama lagi akan ditayangkan di kaca tv iaitu di ASTRO BELLA. Drama ini mempunyai 30 Episod dan di tayangkan pada 30 Oktober 2016. Curi-curi Cinta berkisah pengorbanan seorang abang yang melindungi adiknya, kisah ibu yang buta yang makan setiap kata nista anak kesayangan dia, kisah anak yang taat kat ibunya sampai sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan ibu dia.

Reen sebagai peminat karya SIti Rosmizah, mengharapan jalan cerita tidak lari dari cerita asal novel.. sebab karya Siti Rosmizah memang kena dengan jiwa Reen.. Dalam satu-satu masa, Reen mampu senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang dan menangis sorang-sorang, siap sedia satu kota tisu masa baca novel dia...  Memang terbaik..

Agaknya siapa ye yang pegang watak hero dan heroin? Hmmm... masih tertanya-tanya..


SINOPSIS CURI-CURI CINTA

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..
Read More

Biodata Raja Afiq Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

Leave a Comment

Biodata Raja Afiq Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz


Biodata Raja Afiq Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

Biodata Raja Afiq :

Nama penuh : Raja Muhammad Afiq bin R. Razali

Nama glamor : Raja Afiq

Asal : Kuala Lumpur

Tarikh Lahir : 19 Ogos 1994

Umur : 22 tahun (2016)

Bakat Di cungkil melalui selepas ujibakat DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2014

Drama : Hello Mr. Perfect , Sayangku Kapten Mukhriz (2016)

Laman Sosial :
Instagram : www,instagram.com/raja_afiqq

A photo posted by rajaafiq (dfkl) (@raja_afiqq) on
Read More

Biodata Niena Baharun Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

Leave a Comment

Biodata Niena Baharun Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz


Biodata Niena Baharun Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz


Biodata Niena Baharun :

Nama Komersial: Niena Baharun

Nama Penuh: Amaniena Baharun

Tarikh Lahir: 14/4/1993

Umur: 23 Tahun (2016)

Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam

Asal: Kota Bahru, Kelantan

Adik-beradik: Anak kedua daripada empat adik-beradik.

Kerjaya: Model dan Pelakon

Drama: Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi (2016) dan Sayangku Kapten Mukhriz (2016)



Laman Sosial:
Facebook  - https://www.facebook.com/NienaBaharun
Instagram  - https://instagram.com/nienabaharun
Twitter - https://twitter.com/niena_baharun


Biodata Niena Baharun Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

Read More

Baiki iPhone Dan iPad Murah Di Kuching

2 comments

Baiki iPhone Dan iPad Murah Di Kuching


Baiki iPhone Dan iPad Murah Di Kuching

Adakah anda pengguna iPhone? Kalau iphone problem mesti korang susah hatikan.. dah la beli mahal, nak baiki pun mesti kos dia mahal.. Dan kalau ada tempat yang baiki iPhone dan iPad murah pasti tempat tu korang akan pergi.

Ini yang terjadi semalam, Reen bukan pengguna iPhone tapi sepupu Reen pengguna iPhone.. Semalam dia minta Reen temankan dia ke sebuah kedai baiki iPhone dia. Kos baiki lebih murah dan menjimat masa.

Baiki iPhone Dan iPad Murah Di Kuching

Divices #XPERT Services
Alamat : 1st Flr, Sublot 11, Survey Lot 13766, Section 65, KTLD, Metrocity Matang New Township, 93050 Kucing, Sarawak.
Landmark : Belakang Mcdonald Drive-Thru Matang
Phone : +6082513161
Facebook : #XPERT KUCHING




Handphone yang rosak kelihatan seperti baru.. Reen tengok iphone sepupu semalam memang tip top services dia orang ni.. Reen tengok kat facebook pun, banyak testimoni dari pelanggan lain yang sangat puas hati.


TIP DAN PERINGATAN MEMBELI IPHONE TERPAKAI ATAU SECONDHAND

TIP DAN PERINGATAN MEMBELI IPHONE TERPAKAI ATAU SECONDHAND



IPHONE MASUK AIR? PERKARA ASAS YANG PERLU ANDA BUAT.

IPHONE MASUK AIR? PERKARA ASAS YANG PERLU ANDA BUAT.


Read More

Drama Pergilah Air Mata

2 comments

Drama Pergilah Air Mata


Drama Pergilah Air Mata

Karya Novelis Hanni Ramsul iaitu Pergilah Air Mata kini di adaptasikan ke drama di RTM 1.. Hanni Ramsul merupakan salah seorang novelis yang Reen minat. Karya yang di tulis Hanni Ramsul mampu membuat Reen senyum sorang-sorang dan menangis ketika membaca.

Dah lama Reen tunggu drama Pergilah Air Mata ni ditayangkan di kaca tv..

Drama Pergilah Air Mata

Drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi daripada novel karya Hanni Ramsul bakal disiarkan di RTM. Membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim dan ramai lagi. Akan disiarkan bermula 10 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam menerusi slot Widuri TV1.


JUDUL : PERGILAH AIR MATA
EPISOD : 26 Episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2016
HARI / MASA : Sabtu dan Ahad, 7.05 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
NOVELIS : Hanni Ramsul
PENGARAH : Jo Yusof
TERBITAN : Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal, Nadia Mustafa, Jasmin Hamid, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Qistina Raishah


WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Badrul
Nelydia Senrose sebagai Sabrina
Izreen Azminda sebagai Dayana
Reen Rahim sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Datin Hamidah
Mustafa Kamal sebagai Datuk Hamidi
Amar Asyraf sebagai Ikmal
Azlee Khairi sebagai Darius
Ezzaty Abdullah sebagai Amira



SINOPSIS PERGILAH AIR MATA

Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.
Read More

Biskut Popia Bersalut Coklat Nestum

1 comment

Biskut Popia Bersalut Coklat Nestum


Biskut Popia Bersalut Coklat Nestum

Biskut Popia Bersalut Coklat Nestum

Bahan-bahan :
- Popia
- Cooking coklat
- Nestum
- Minyak Masak untuk Mengoreng

Cara-cara :
1. Potong popia mengikut saiz yang diingini.
2. Golongkan dan hujung popia sapukan air supaya lekat.
3. Ulang langkah 2 sehingga habis menggolong.
4. Panaskan minyak dan goreng popia sehingga kekuningan.
5. Biarkan sehingga popia sejuk sebentar.
6. Panaskan air dan cairkan coklat dengan kaedah DOUBLE BOILER.
7. Salutkan popia dengan coklat.
8. Dan akhir sekali salutkan popia coklat dengan nestum.
9. Selamat mencuba.

Biskut Popia Bersalut Coklat Nestum
KAEDAH DOUBLE BOILER

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...