Acar Ikan Bilis

1 comment

Acar Ikan Bilis


Acar Ikan Bilis

Pernah tak jumpa tuan rumah hidang Acar Ikan Bilis untuk tetamu semasa hari Raya.. Hehehe.. nampak pelik tapi kadang-kadang mampu menaikkan selera tetamu yang datang..

Masa pergi ke Sri Aman raya tahun ni, mak saudara hidangkan Acar Ikan Bilis ni.. Memang sedap, makan macam tu je.. kalau campur nasi panas lagi sedap. Sebelum balik, Reen minta Resepi, simpan dalam note handphone.. Balik Kuching terus cuba buat... Hehehe.. Sedap dan tahan lama..


RESEPI ACAR IKAN BILIS


Bahan-bahan

100g Ikan Bilis (kecil)

2 Cili tomyam

4 Limau kasturi

2 Bawang putih

1 1/2 Kulit limau sikit

Garam dan gula

Acar Ikan Bilis


Cara-cara :

1. Basuh ikan bilis dan biar kering sebentar.

2. Tumbuk bawang putih dan cili sehingga lumat. (Kalau suka pedas, boleh tambah cili atau cili di hiris)

3. Kemudian ikan bilis dan bahan yang di tumbuk di campur dan di gaul sehingga rata.

4. Perahkan limau kasturi dan ambil 1 1/2 kulit limat di hiris halus dan di gaul bersama ikan bilis.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga rata.

6. Sediakan tudung periuk. Dan letak semua ikan bilis tadi dan di jemur di bawah sinaran matahari selama 30 minit.

7. Siap dan selamat mencuba..


Acar Ikan Bilis

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. woww nampak sedap. dan rasanya kakcik pernah rasa acar ikan bilis ni kat rumah orang hehehee.

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...