Adap Ketika Berziarah Di Hari Raya

1 comment

Adap Ketika Berziarah Di Hari Raya


Adap Ketika Berziarah Di Hari Raya

Salam syawal.. seminggu dah kita meraikan raya dan rasanya mood raya masih ada lagi... dan pastinya seminggu selepas raya banyak rakan-rakan akan mengadakan rumah terbuka. Beberapa hari lepas Reen ada terbaca satu status mengenai sikap anak-anak dan ibu bapa ketika beraya.. Dan itu mengingatkan Reen pada zaman kanak-kanak dulu..

Zaman dulu memang ibu bapa sangat menjaga adap ketika menjadi tetamu dan ketika tetamu bertandang ke rumah.. Ketika menjadi tetamu memang kepantangan kalau anak-anak membuat olahan... hehe.. kalau berani buat memang diam-diam kena cubit mak, lepas tu nanti jangan harap dapat ikut berziarah, nangis lah sorang-sorang kat rumah kena tinggal. Kadang-kadang tu, kalau kita main sikit je kat rumah orang mak dan bapa main jeling je, kita automatik duduk diam.. itu zaman kita dulu-dulu.

Bila tetamu datang berziarah rumah pula, jangan harap la kita nak duduk kat ruang tamu dan dengar apa yang di borakkan, lepas hidang makanan kat tetamu, duduk kat dapur sampai tetamu balik... Kalau dapat keizinan duduk bersama tetamu jangan berani nak menyampuk apa orang tua cakap... Kalau di tanya, baru jawab.. Punyalah baik, sopan santun depan tetamu.. hahaha.. bila tetamu balik, ada air yang tak di minum, berebut dengan adik-adik lain nak minum..baru boleh makan-makanan lebihan, tu pun tak boleh banyak makan, takut ada lagi tetamu lain nak datang berziarah... hehe

Zaman sekarang susah kita nak kata... realitinya budak-budak semakin manja, mungkin masih ada ibu bapa mendidik anak mengikut acuan orang dulu tapi tidak di nafikan anak-anak zaman sekarang tak seperti dulu.. banyak ragamnya.. Bukan anak-anak saja banyak ragam, mak bapak si anak pun banyak lagi ragamnya... huhu

Adap Ketika Berziarah Di Hari Raya

Pengajaran beraya buat mak bapak moden...  

 1. Ajar anak-anak jangan duduk menyampuk orang tua bercakap... kang aku sumbat lada hitam kat hidung dia kang...

2. Kalau orang datang rumah kita...ajar anak-anak kita jangan menyibuk nak makan hidangan untuk tetamu....jangan izinkan mereka duduk kat depan meja makan.... budak-budak perlu ke tepi...jangan gelojoh macam tak pernah makan pula .. Anak-anak makan kemudian..sebab makanan biasanya disimpan untuk oranng rumah.... Dulukan orang tua dan tetamu. Kalau tak ajar anak-anak sejak kecil.....Sampai besar tak tahu adab. Kalau aku, rasa macam nak cubit aje budak-budak gelojoh macam ni.... Ni basic ya. Tapi malangnya banyak ibu bapa moden tak titik beratkan soal ni.

3. Kepada ibu bapa yang ada anak-anak kecil.... kalau beraya rumah orang jangan terus masuk bilik orang selongkar mainan buku-buku main sampai berterabur bersepah... kemudian tinggalkan. Ingat childcare playpen ke? Kalau tuan rumah bagi masuk bilik utk bermain barulah main. Tapi ingat kena kemas semula. Kang ada yang jadi rimau jadian kang....

4. Ibu bapa tolong didik anak-anak jangan merengek-rengek nak macam-macam benda tak logik. Ada anak-anak manjanya mengada-ngada.. aku pulak yang rimas.... adeh... kang aku menurun kang...

5. Ibu bapa kena ajar anak-anak mulut jangan celupar. Semua benda rumah kita dia komen buat perbandingan dengan rumah dia lah... rumah nenek dia lah.... rumah pak busu dia lah... kang aku cili kang....

6. Ibu bapa memang belikan handphone kepada anak-anak walau baru darjah 1 atau darjah 2. Abeh anak2 ni tak reti mesra alam. Dalam rumah orang sekejap-kejap selfie. Sekejap-kejap main hp. Kang ada hp yg masuk dalam teko air kang....

7. Ibu bapa jaga anak-anak jangan sibuk tanya pasal duit raya...check berapa dalam sampul...pastu bagi komen dan buat perbandingan...ingat ni laporan  bursa saham ke? kang aku sunatkan kang...

8. Ibu bapa jangan ingat anak anak main lari-lari dalam rumah orang tu kiut eh...lasak eh...... irritating tau. Kita nak bercakap tapi anak-anak main police and thief. Kang aku panggil hantu susu kang sembunyikan anak-anak tu supaya ghaib..

9. Ibu bapa sendiri kena tahu.kalau dihidangkan makanan, apa yang perlu diambil dulu dan bagaimana makanan itu dikongsi. Jangan biarkan anak-anak kita capai seekor ikan. Terus capai peha ayam. Nak ambil lauk perlu mula dgn sayur-sayuran atau yang berkuah. Bukan terus main dish.

Pendeknya, ibu bapa moden sendiri mesti belajar adab bertandang... kalau tak tahu, baca. Kalau tak tahu nak baca di mana... order aje buku mis3 rasa budaya oleh noor hasnah adam... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sempat...

#ilovemalay
#mis3rasabudaya


Sumber Pengajaran beraya buat mak bapak moden...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. semua tu kita setuju. sekarang dah beza sangat lagi-lagi bila dah masuk dunia teknologi. memang budak tak bergaul langsung dah. haish. apa nak jadilah

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...