Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM


Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

Dia Anak Jeneral sebuah novel karya Hezzy Azra dari terbitan Alaf21 yang bakal di adaptasikan ke drama tak lama lagi. Drama Dia Anak Jeneral akan di tayangkan di RTM sebanyak 26 Episod dan selama 60 minit. Kita tunggu saja kemunculan drama ini nanti... Pasti tidak akan mengecewakan. 
Jom baca Sinopsis novel DIA ANAK JENERAL..

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Drama Dia Anak Jeneral Akan Datang di RTM

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon