Drama Pergilah Air Mata

2 comments

Drama Pergilah Air Mata


Drama Pergilah Air Mata

Karya Novelis Hanni Ramsul iaitu Pergilah Air Mata kini di adaptasikan ke drama di RTM 1.. Hanni Ramsul merupakan salah seorang novelis yang Reen minat. Karya yang di tulis Hanni Ramsul mampu membuat Reen senyum sorang-sorang dan menangis ketika membaca.

Dah lama Reen tunggu drama Pergilah Air Mata ni ditayangkan di kaca tv..

Drama Pergilah Air Mata

Drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi daripada novel karya Hanni Ramsul bakal disiarkan di RTM. Membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim dan ramai lagi. Akan disiarkan bermula 10 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam menerusi slot Widuri TV1.


JUDUL : PERGILAH AIR MATA
EPISOD : 26 Episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2016
HARI / MASA : Sabtu dan Ahad, 7.05 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
NOVELIS : Hanni Ramsul
PENGARAH : Jo Yusof
TERBITAN : Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal, Nadia Mustafa, Jasmin Hamid, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Qistina Raishah


WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Badrul
Nelydia Senrose sebagai Sabrina
Izreen Azminda sebagai Dayana
Reen Rahim sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Datin Hamidah
Mustafa Kamal sebagai Datuk Hamidi
Amar Asyraf sebagai Ikmal
Azlee Khairi sebagai Darius
Ezzaty Abdullah sebagai Amira



SINOPSIS PERGILAH AIR MATA

Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...