Original Resepi Kek Lumut

Original Resepi Kek Lumut


Original Resepi Kek Lumut

Original Resepi Kek Lumut | Raya tahun ni, salah satu kek yang Reen buat ialah Kek Lumut.. dan memang sedap.. Sendiri buat, sendiri puji... hehehe.. Sebab apa Reen cakap ni original Kek Lumut. Sebab ada teh. Kebanyakkan orang lama yang Reen borak, semua cakap resepi lama ada air teh.. Raya tahun ni gigih cari resepi asal kat buku resepi mak dan buat sendiri.. 

Resepi Kek Lumut 

Bahan-bahan :

10 biji telur ayam
16oz mentega
2 cawan tepung nestum (Reen guna Nestum Original, kalau kasar, kisar halus)
1 cawan tepung jagung
1 cawan susu Ideal Milk (Susu cair)
4 susu serbuk teh (anggaran 1 cawan) - Reen guna 2 uncang teh (senang tak payah tapis)
1 botol pandan paste dan pewarna hijau

Cara-cara :
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati. (Asingkan tepi)
2. Kacau mentega sehingga kembang dan masukkan kedalam adunan telur tadi.
3. Sesudah itu, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung nestum. Gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan air teh tadi. Kacau rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau. Gaul rata.
6. Sediakan acuan 8 x 8. Kukus sehingga masak. Anggaran kukus 3-4 Jam.


Original Resepi Kek Lumut

Bahagian Cheese 

Bahan-bahan : 
250g cheese
1 sudu esen vanilla
3biji telur
4 sudu tepung gandum
180g gula

Cara-cara :
1.Campur kesemua adunan pukul hingga kembang.
2. Adunan kek lumut tadi di bahagi 2.
3. Sediakan acuan 9 x 9. 
4. Kukus bahagian pertama kek lumut sehingga masak. Diikuti bahagian cheese. Dan akhir sekali bahagian kek lumut semula. 
5. Kukus sehingga masak. 


* Untuk tahu bahagian dalam kek masak atau tidak. Guna lidi satey. Cucuk dan kalau x de kek yang melekat di lidi, bermaksud kek dah masak.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon