Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan


Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

PENYEDIAAN SOS SPAGHETTI


Bahan-bahan:

1 Bawang Besar (potong dadu dan nipis)

4 Ulas Bawang Putih (tumbukkan atau cincang lumat)

6 Keping Daging Burger (kalau guna Daging Ramly 2-3 cukup) - di hancur macam daging kisar.

5 batang sosej (di potong empat dan nipis)

1 botol Pati Tomato (Reen guna jenama Prego)

1 tin candawan butang (dipotong memanjang atau dadu)

2 botol sos cili (guna botol prego tadi untuk sukatan) - Reen guna sos cili Kimball bungkus.

3 botol air (guna botol prego untuk sukatan)

Garam dan Ajinomoto

Chadder Cheese


Cara-cara :

1. Panaskan minyak

2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau

3. Masukkan daging burger dan sosej. Kacau.

4. Masukkan pati tomato, sos cili. Kacau sebati.

5. Masukkan air. Kuah jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang.

6. Masukkan cendawan butang.

7.  Letakkan garam dan ajinomoto. (Rasa dulu sos sebelum tambah garam dan ajinomoto.

8. Parutkan sedikit cheese kedalam sos speghetti.

9. Kacau sebati. Tunggu sampai mendidih.

10. Kalau rasa dah ok, boleh la hidangkan.

Resepi Sos Speghetti Ringkas Dan Mudah Disediakan

 PENYEDIAAN PASTA

Bahan-bahan:

Pasta

Air

Sedikit garam

Minyak masak


1. Isikan air dalam periuk.

2. Letakkan sedikit garam.

3. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam air, tujuan dia bila dah siap rebus pasta, pasta tidak melekat antara satu sama lain.

4. Panaskan air, dan letak lah pasta dalam periuk. Tunggu sampai pasta ni semua lembik kena rebus dan toskan.

* Sediakan pinggan. Masukkan sesenduk pasta. Tuangkan sos speghetti dan parut sedikit cheddar chesse di atasnya.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon