Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin

2 comments

Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin


Teknik Menggosok Pakaian Supaya Kedua-dua Belah Licin

Menggosok pakaian menjadi perkara yang remeh sebab ia memakan masa yang lama untuk kita pastikan kedut pada pakaian akan lenyap. Tetapi dengan teknik di bawah berikut, bukan sahaja ia membantu anda menjimatkan masa menggosok pakaian, malah menjimatkan tenaga elektrik!


Bahan yang perlu disediakan:

Papan seterika
Seterika
Kepingan aluminium (foil)

Bagaimana melakukannya:

1. Terlebih dahulu, tanggalkan alas atau sarung papan seterika.

2. Hamparkan kepingan aluminium di atas papan seterika anda. Pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas.

3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa.

4. Panaskan seterika dan ambil pakaian yang mahu digosok. Gosok seperti biasa.

5. Ketika proses menggosok pakaian ini akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, secara tidak langsung ia membantu anda menggosok kedua-dua bahagian pakaian dalam masa serentak. Jadi anda tidak perlu lagi menggosok kedua-dua belah! Senangkan...

6. Selamat mencuba
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...