Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita

1 comment

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita 



Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita | Tidak selesa ketika di datangi 'sahabat karib' setiap bulan!!!... Huuwaaaa.... sampai satu tahap, menyebabkan emosi tak stabil... Pantang ada salah sikit, silap sikit semua perkara boleh menyebabkan mood berubah 100%... Itulah yang Reen alami, kedatangan 'sahabat karib' ni berserta pakej senggugut.. Hari pertama sehingga hari ketiga merupakan hari yang sangat tidak selesa. Dan 'Period pain' ini menyebabkan satu apa pun kerja tak dapat di buat... Masa tu, apa yang mampu Reen buat hanya baring dan tidur untuk meredakan sakit. Bukan setakat masalah emosi dan kesakitan senggugut je yang Reen hadapi, masalah lain pun ada.. iaitu masalah tidak selesa sepajang hari.. Tak selesa sebab menghadapi kebocoran yang pasti memalukan, lepas tu rasa melekit dan berbau, yang mampu menyebabkan kita hilang keyakinan diri.. 

Amez Care salah satu produk intim wanita.. Untuk pengetahuan korang Amez Care merupakan Tuala Wanita Berherba.. Buka je plastik pad, harum je bau herba dan berangin je semasa menggunakannya.. First day period memang sangat selesa di gunakan walaupun kebiasaan akan di serang senggugut. Rasa berangin tu, mampu mengurangkan kesakitan senggugut yang di alami.. Dan aktiviti harian yang biasa Reen lakukan tidak terganggu semasa period.

Tuala wanita Amez Care ni selain mengandungi herba, ia juga mengandungi negatif ion, infrared, nano silver, pappermint, lavender, aleo vera dan extra teh.

Amez Care terdiri daripada 3 jenis iaitu Amez Day, Amez Night dan Amez Pantyliner.

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Day
Amez Care Day di reka khas untuk penyerapan cepat dan selesa di gunakan di waktu siang hari. Selain itu, Amez Care day juga membantu dalam perencatan pertumbuhan bakteria di kawasan yang paling sensitif iaitu kawasan intim wanita dan membantu dalam pembersihan dan mengekalkan kesegaran di waktu siang...

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Overnight
Kadang-kadang beberapa gejala akan di alami ketika period di malam hari seperti kekejang, rasa kembung yang menyebabkan kita sukar untuk tidur dengan lena serta rasa tidak selesa kerana risau mengalami kebocoran ketika tidur yang menyebabkan pergerakan kita terbatas semasa tidur. 

Amez Care Overnight di reka khas untuk mengatasi masalah-masalah period di malam hari iaitu untuk melindungi kebocoran di malam hari supaya kita dapat bergerak dengan selesa di atas katil setiap malam.

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Pantyliner
Amez Care Pantyliner pula di reka khas untuk kegunaan harian. Kebiasaannya, Reen akan gunakan pantyliner ni untuk melindungi pakaian daripada kesan basahan, selain itu ia juga berfungsi ketika mengalami keputihan. 

Setiap kandungan herba yang ada di dalam Amez Care memainkan peranan yang penting, seperti ;

1. Aloe Vera - Ini adalah antiseptik yang kuat yang akan melegakan kulit dan membersihkan kawasan sensitif tubuh wanita.

2. Peppermint - Ini melawan jangkitan dan bakteria. Di samping itu, ia berkesan menghilangkan kesakitan dan membantu menghilangkan gejala haid menyusahkan.

3. Tea Extract Plant - Ini alat bantuan bahan dalam peredaran darah dan mengurangkan peluang pembangunan darah beku.

4. Chamomile Oil - Ubat herba melawan jangkitan, memerangi penindasan mental, dan mengurangkan keradangan.

5. Lavender - Ini membantu dalam penghapusan ketegangan saraf, mengurangkan kesakitan, membasmi kuman kulit, dan melegakan kebimbangan dan kemurungan.


Kesimpulannya, Amez Care merupakan tuala wanita yang lain dari yang lain. Direka dengan adanya sayap supaya tuala wanita tidak lari dari kedudukan asalnya dan selesa di pakai sepanjang hari. Selain itu, tuala wanita Amez Care mudah menyerap pada kadar yang tinggi, menghilangkan kelembapan dari kulit, membersihkan faraj, anti bakteria dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak selesa semasa period.. 

Sangat sesuai dan korang boleh dapatkan Amez Care di pasaraya pilihan atau AEON atau di laman web www.amezcare.com 

Atau untuk maklumat lanjut, boleh juga layari
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...