Kek Kain Pelekat

4 comments

Kek Kain Pelekat


Kek Kain Pelekat, Kek Sabok Tun Razak

Kek Kain Pelekat atau di kenali Kek Sabok Tun Razak. Sabok tu bermaksud pelekat. Sedap.. Percubaan kali pertama dan Alhamdulillah menjadi...

RESEPI KEK KAIN PELEKAT


Bahan-bahan :

12 biji telur ayam
16oz mentega
2 1/2 gelas tepung gandum
1 1/2 gelas gula halus
1 tin kaya (kecil)
1 tin susu manis
1 kotak Ice-cream (Briclet) - Reen guna tepung aiskrim perisa vanila (anggaran 3 -4 gelas)
1 sudu teh sesen vanilla
1 sudu browning sugar


Cara-cara :

Mentega dan gula di pukul sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu, esen vanilla, tepung gandum dan tepung ice-cream. Kacau sehingga rata dan sebati. Bahagikan kepada 4 bahgian.

1. Bahagian pertama dan kedua di berikan pewarna kuning.
2. Bahagian ketiga, pewarna hijau.
3. Bahagian keempat masukkan browning sugar dan sekaya.

Kukus bahagian PERTAMA. Anggaran 4 lapisan. Kukus sehingga habis bahagian pertama.

Selesai bahagian pertama kukus bahadian KETIGA dan KEEMPAT berselang seli sehingga habis.

Akhir sekali kukus berlapis-lapis bahagian KEDUA yang warna sama dengan pertama. sehingga habis.

Selesai melapis semua. Kukus sehingga kek masak.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...