Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih

Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih


Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih

Selain sebagai penyedap masakan, ternyata khasiat bawang putih ini tidak ternilai!

Bawang putih banyak digunakan dalam setiap masakan. Di samping itu, bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit. Jadi, anda perlu tahu apa sahaja manfaat ataupun khasiat bawang putih.


1. Mengatasi Masalah Jerawat
- Bawang putih merupakan ubat semulajadi yang mampu mengusir jerawat kerana mengandungi antioksidan yang boleh membunuh bakteria. Gosok hirisan bawang putih pada jerawat di wajah secara perlahan-lahan.


2. Menyembuhkan Penyakit Kulit
- Khasiat bawang putih dikatakan sangat berguna untuk mengurangi infeksi penyakit kulit. Cuba sapu sedikit minyak bawang putih di kawasan yang telah dijangkit itu. Lakukan secara rutin untuk hasil kulit yang lebih sihat dan halus.


3. Mencegah Rambut Rosak
- Bawang putih boleh mengatasi masalah rambut rosak. Dengan kandungan ‘allicin’ yang tinggi, khasiat bawang putih ini dipercayai sangat berkesan untuk mencegah rambut rosak.
- Urut kulit kepala dengan minyak bawang putih bagi merangsang pertumbuhan rambut.


4. Mencegah Serta Mengubati Perut Kembung
- Pengambilan bawang putih secara teratur boleh menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bawang putih menghancurkan bakteria usus berbahaya dan membuatkan penghadaman menjadi lebih lancar.


5. Mencegah Kanser
- Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat membantu mencegah kanser. Jika anda adalah seorang yang kuat merokok, anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser.


6. Meredakan Rasa Kebas Sendi
- Jika anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian tuamkan pada bahagian lutut atau sendi-sendi yang kebas. Bawang putih akan meredakan rasa kebas tersebut.


7. Mengatasi Diabetis
- Jika anda penghidap diabetis, bawang putih juga baik untuk mengawal jumlah kadar gula di dalam darah.


8. Melancarkan Perjalanan Darah
- Mengunyah bawang putih juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.


9. Menghilangkan Gatal Akibat Kulat
- Dengan sifat anti kulat, bawang putih dapat menjadi ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendak kaki dalam bekas berisi air suam dan cincang bawang putih tersebut.


10. Menghalau Nyamuk Dan Serangga
- Bukan ‘hantu’ sahaja yang takut dengan bawang putih (hehhehe…), tapi anda patut mencuba petua ini, bahawa nyamuk juga takut dengan bawang putih.
- Gosok bawang putih pada kulit untuk menghalau nyamuk atau letakkan sahaja bawang putih yang sudah dikupas kulitnya di mana-mana tempat yang anda rasakan banyak nyamuk.


Selamat mencuba...
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Jumaat, Ogos 12, 2016 4:48:00 PTG delete

banyak kelebihan bawang putih ni ,kita je tak tau kan..

Reply
avatar
Ahad, Ogos 14, 2016 2:36:00 PTG delete

bawang putih bkn bleh halau drakula?

Reply
avatar
Selasa, Ogos 16, 2016 12:42:00 PG delete

wahhhh no 10 tu serioussslyyyy? nanti nak try lah. nyamuk kat bilik kakcik ni degil-degil dan aktif betul. gerammm rasa! hahahah

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon