Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil


Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Sikap menabung atau menyimpan wang di kalangan anak-anak harus disemai dari kecil.. Anak-anak kecil ini sifatnya 'copy and paste'.. iaitu 'copy and paste' sikap ibu bapa dan orang sekelilingnya... Untuk menunjukkan sikap dan sifat yang baik kepada anak-anak, ibu bapa harus mengaplikasikan sikap dan sifat yang baik tersebut di hadapan anak-anak untuk di contohi.. Begitu juga sikap yang berkaitan pengurusan wang seperti SIMPAN, BELANJA dan SEDEKAH... Dengan adanya  KIT BIJAK MENABUNG.. Insya-Allah memudahkan lagi ibu bapa atau penjaga mendidik sikap menabung dikalangan anak-anak.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

SIMPAN - Belajar menyimpan untuk mencapai matlamat.. Sejak dari kecil, itu yang ibu bapa Reen ajar kat Reen... Bila Reen inginkan sesuatu, Reen akan menyimpan wang belanja dan apabila wang tersebut telah mencukupi, Reen akan membeli barang yang Reen inginkan dengan hasil simpanan Reen tadi.. Dari situ, Reen dapat rasakan kepuasan menyimpan dan membeli dari usaha sendiri.

BELANJA - Pat belanja ni, dari kecil sampai besar ni, Reen akui yang Reen boros sikit.. huhu.. Sampai satu tahap, Reen kena mindset kan diri Reen ketika berbelanja.. Salah satu cara untuk Reen kawal diri masa berbelanja ialah menyenaraikan apa yang perlu di beli. Apa yang tak ada dalam senarai belanja, mohon tabahkan diri supaya tak membeli.. huhuhu

SEDEKAH - Jangan di sebabkan kita takut duit yang dikumpul lambat mencapai sasaran, kita jadi kedekut dan takut untuk bersedekah... Sikap negatif tu kena buang, Reen pernah dengar 'nak kaya, bersedekahlah'.. Tak salah kalau berkongsi sedikit rezeki kita kepada orang lain.. Ok, Reen bagi contoh paling mudah.. kebanyakkan anak-anak sukakan haiwan... Reen selalu tengok, anak-anak tertarik dengan haiwan terutamanya kucing, tanamkan dalam diri anak kecil itu dengan sikap berkongsi rezeki iaitu dengan memberi makanan kepada kucing tu.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Dalam mendidik anak-anak menabung ni, biarlah menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi anak-anak... Setiap kali anak-anak memasuki duit ke dalam tabungan, bagi mereka kata-kata pujian supaya mereka bersemangat untuk terus menabung.. Selain itu, ajar anak-anak cara mengumpul duit..

Macam mana nak kumpul duit.. masa Reen kecil-kecil dulu selain dari menyimpan duit belanja sekolah untuk cukupkan duit, salah satu cara lain Reen kumpul duit dengan minta upah... hehehe.. Reen dapat upah dari tolong mak, bapa dan saudara mara.. dapat upah 20sen hingga 50sen pun dah cukup gembira.. Sikit sikit lama lama jadi bukit...

Bahagian yang paling mencabar dalam menyimpan duit ialah godaan nak belanja duit yang di simpan tu... kadang-kadang tu hampir tersasar dari target awal.. Pat ni kena sentiasa mindsetkan dan ingatkan diri tujuan dan matlamat kita kumpul duit.. Anak-anak juga begitu juga, setiap kali diorang hampir tersasar, ingat kan kembali matlamat diaorang..

Dan Insya-Allah, apabila hasil simpanan mencukupi, kita akan dapat melihat hasilnya... Dalam masa yang sama, selain dari belajar menyimpan, anak-anak juga di semai dengan sikap murni bersedekah dan mereka boleh mengawal diri dalam berbelanja.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Apa yang best di dalam SET KIT BIJAK MENABUNG di sediakan 3 Tabung (wow.. selalunya kita beli satu tabung khas untuk menyimpan je, ni dapat 3 tabung) untuk melatih anak-anak dalam pengurusan wang seperti menyimpan, berbelanja dan bersedekah.  Tabung yang lutsinar ni, sangat menarik  kerana anak-anak akan lebih bersemangat untuk menabung setiap kali melihat hasil tabungan yang semakin bertambah... Sekiranya tabung terjatuh, usah risau kerana tabung tak mudah pecah kerana diperbuat daripada plastik dan selamat untuk anak-anak memegang.

Kit Bijak Menabung mengandungi :

1. Satu Set Tabung (Simpan, Belanja dan Sedekah)
2. Buku Seronoknya Menabung
3. Buku Bajet
4. Buku Rekod Duit Saya
5. Buku Matlamat dan Stiker
6. Carta Upah Magnetik dan Stiker
7. Buku Panduan Ibu Bapa

Reen memang tertarik dengan Kit Bijak Menabung ni, sebab boleh mendidik dan melatih anak-anak dengan baik dan bijak mengenai pengurusan wang. Yang menarinya, Kit Bijak Menabung My CEO ni merupakan sebuah produk yang baru untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang pengurusan wang. Dan produk ini telah mendapat pengikhtiarafan daripada pihak kementerian dan guru-guru sekolah..

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Website : www.myceo.com.my
Instagram : myceo2015
Untuk pembelian : Boleh hubungi 03-61516555 / 012-4220677 atau beli online di https://myceokidseducationproduct.easy.co/ 

Pihak MyCEO juga ada membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis)
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Selasa, Ogos 16, 2016 3:13:00 PTG delete

memang kena ajar dari kecik kalau tak nanti besar jadi mcm saya..nak menabung pon susah...huwaa

Reply
avatar
ubai ismail
AUTHOR
Rabu, Ogos 24, 2016 4:36:00 PTG delete

sapa yang ada anak2 , kena try kaedah ni kan. moga bermanfaaat :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon