Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia

1 comment

Suami Edisi Terhad, Kekasih Untuk Dia


Suami Edisi Terhad.. Kekasih Untuk Dia...
Apa kaitan dua ni. Dua-dua adalah novel.. Suami Edisi Terhad karya MARISSA merupakan novel keluaran Karya Seni.. Suami yang romantik, penyayang dan terbaik. Sebab tu dia di beri gelaran Suami Edisi Terhad. Jalan cerita tak berat dan tak membebankan otak bila membaca.. Tapi sepanjang membaca novel ni, Reen seringkali tertanya-tanya, novel ni macam ada jalan cerita yang Reen tak tahu.. ada je imbasan lalu dalam novel tu... Sampai tak sabar nak habiskan cepat-cepat..

Bila habis baca Reen google.. tapi tak jumpa novel yang di kaitan dengan novel Suami Edisi Terhad.. Sedih sangat sebab Reen yakin, Novel Suami Edisi Terhad adalah kesinambungan novel lain...

Reen tak puas hati... cari lagi kat google, Reen taip nama Hero dan Heroin.. HAIRUL EFFENDI dan AZIAN YUHANIS.. Yeahhhh.. akhirnya jumpa novel yang ada nama watak yang sama,iaitu KEKASIH UNTUK DIA karya NUEEN tapi terbitan lain. Nama novelis pun lain.. Novelis yang sama dan mempunyai nama pena lain..

Bila dah tahu tajuk novel, gigih cari kat semua kedai buku tapi tak jumpa.. Cuba cari saller online tak de juga.. last-last Reen cari kat facebok syarikat penerbitan TERATAK KASIH.. PM kat facebook dan tunggu diaorang open oder..

Setelah baca kedua-dua novel ni.. Reen bagi 5/5 bintang...

Jom layan sinopsis Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia


SINOPSIS SUAMI EDISI TERHAD

Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.

“Sayang…”

“Emmm…”

“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”

“Kenapa?”

“Takut ikan tu berenang dalam perut.”

Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli selalu!

Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.

“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri.

Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat rancangan jahat macam tu.”

Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi mengikut arahan si batu api bernama PUTERI ZAHRA.

Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau HAZRUL EFFENDI akan kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?

Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia

SINOPSIS KEKASIH UNTUK DIA

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...