6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan

6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan

6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan


6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan | Memiliki bulu mata yang lebat dan panjang merupakan satu anugerah semulajadi yang membuatkan ramai tertarik terutama yang memilikinya adalah lelaki. Perempuan lebih mudah tertarik jika bulu mata tersebut panjang dan lentik kerana kebanyakkan perempuan menggunakan maskara untuk melentikkan bulu mata mereka.

Bagi kamu yang inginkan bulu mata seperti ini dan tidak tahu untuk mengguna maskara, boleh cuba enam cara mudah ini! Kamu akan dapat hasil bulu mata yang cantik dan menawan. Selamat mencuba!


Selalu Sikat Bulu Mata
- Untuk mendapat bulu mata yang lebat dan lentik, kamu harus kerap sikat dan belai bulu mata. Jangan sampai letak minyak rambut pula ye.


Sapu Vaseline
- Sebelum tidur, sapu Vaseline kerana krim ini dapat membantu bulu mata tumbuh dengan lebat dan cepat.


SweetMuslimah.com 


  Minyak Semula Jadi
- Terdapat banyak minyak semula jadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor yang mengandungi mineral dan vitamin. Untuk mendapat bulu mata yang cantik, amalkan antara minyak ini bagi membantu pertumbuhan bulu mata dengan cepat.


Sapu Vitamin E
- Selain daripada minyak semula jadi, kamu boleh cari di kedai atau klinik yang menjual vitamin E dan amalkan penggunaannya agar dapat memanjangkan bulu mata.


Makan Biotin
- Biotin atau nama pendeknya adalah Vitamin B mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyihatkan rambut atau bulu mata. Jika kamu ingin cuba vitamin B ini, carilah makanan seperti Avocado, keju, kobis bunga, Almond, sayuran hijau dan kacang.


Teh Hijau
- Teh hijau bukan sahaja untuk mengeluarkan toksin di dalam badan, ia dapat juga memanjangkan bulu mata. Cara penggunaannya ialah basahkan serbuk teh hijau dan letakkan pada mata. Amalkan cara ini dengan tekap sepanjang malam sebelum tidur.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon